Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.

A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status 
with ECOSOC.

 

The United States and Russia: Warmongers and Peacemakers - Malay

Amerika Syarikat dan Rusia: Penghasut Perang dan Pendamai

Oleh Somar Wijayadasa*

Fotoğraf: Başkan Barack Obama Oval Office’te Yeni START antlaşmasını imzalarken, 2 Şubat 2011- en sağda Başkan Yardımcısı Joe Biden bulunuyor. Teşekkürler: Chuck Kennedy (Beyaz Saray resmi fotoğrafçısı)

NEW YORK (IDN) – Cuma beberapa hari selepas Perjanjian Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) yang jelas dan nyata sekali melarang penggunaan senjata nuklear berkuat kuasa pada 22 Januari 2021 – satu kejayaan buat kemanusiaan – Amerika Syarikat dan Rusia melanjutkan Perjanjian Pengurangan Senjata Berstrategi (New START) sehingga tahun 2026, dua hari sahaja lagi sebelum is luput.

Juga mengagumkan bahawa AS dan Rusia berganding bahu pada ketika perhubungan di antara dua negara itu diselubungi sengketa dan percanggahan sengit.

Pada asalnya telah ditandatangani dalam tahun 2010 oleh Presiden Barack Obama dan Dmitry Medvedev dari Russia, perjanjian meletakkan had terendah semenjak berdekad-dekad lamanya ke atas kepala peledak nuklear yang diatur kedudukannya oleh pihak Amerika dan Rusia, serta peluru berpandu dan pengebom yang dikenderai melalui darat mahupun bawah air. Yang paling penting, ia membenarkan Amerika Syarikat dan Rusia untuk memantau tenaga, kemudahan dan aktiviti nuklear satu sama lain.

Menyedari bahawa Rusia telah selama bertahun-tahun mematuhinya, Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata, “Terutamanya ketika waktu-waktu tegang, had yang boleh ditentusahkan ke atas senjata nuklear berjulat antara benua milik Rusia adalah sangat penting.

Melanjutkan perjanjian menjadikan “dunia lebih selamat,” ujar beliau sambil menambah, “pertandingan nuklear tanpa kekangan membahayakan kita semua”.

Menandatangani Perjanjian, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata bahawa New START “memungkinkan untuk mengekalkan ketelusan dan kebolehramalan perhubungan strategik di antara Rusia dan Amerika Syarikat dan untuk menyokong kestabilan strategik global”.

Beliau juga berkata bahawa “ia akan mendatangkan kesan positif terhadap situasi antarabangsa, menyumbang kepada proses pelucutan senjata nuklear”.

Perjanjian menggesa had ke atas peluru berpandu, peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kapal selam dan pengebom berat kepada 700 setiap satu; kepala peledak dalam ICBM, SLBM dan pengebom berat kepada 1,550 setiap satu; dan pelancar ICBM, SLBM dan pengebom berat yang diatur dan tidak diatur kedudukannya kepada 800 setiap satu.

Perlumbaan Senjata Nuklear

Perlumbaan senjata di antara AS dan negara bekas Kesatuan Soviet itu bermula pada bulan Ogos 1945 selepas dunia menyaksikan kemusnahan yang disebabkan oleh dua butir bom atom yang digugurkan oleh Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki yang masing-masing telah mengorbankan di antara 129,000 dan 226,000 nyawa.

Meskipun masih belum menjadi satu kuasa besar, Kesatuan Soviet yang masih menanggung kesan kemusnahan teruk perang dunia kedua, prospek bahawa Amerika Syarikat memiliki bom nuklear yang mempunyai kuasa memusnah besar seumpama itu tidak dapat diterima oleh pihak Soviet.

Pihak Soviet mendapatkan bom nuklear dalam tahun 1949 bukan sahaja meneutralisasikan keseimbangan kuasa pihak Amerika tetapi juga sebagai mencegah perang yang memusnahkan, dan mungkin juga sebagai senjata untuk mewujudkan kedamaian. 

Maka bermulalah perlumbaan perang nuklear dan pertandingan kuasa besar di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dan menjelang tibanya waktu untuk dua negara itu bersetuju untuk menyertai pelbagai perjanjian dan inisiatif kawalan senjata dwipihak, kedua-dua negara itu telah mengumpulkan kira-kira 70,300 kepada perang nuklear.

Semenjak itu, seluruh generasi membesar di bawah bayangan malapetaka yang tidak dapat dielakkan, dan pada ketika seperti krisis Peluru Berpandu Cuba 1962, terdapat ketakutan yang merebak luas bahawa kelangsungan kemanusiaan itu akan tamat akhirnya.

Mujurlah, dengan beberapa perjanjian pengurangan senjata, simpanan senjata nuklear telah dikurangkan menjadi 13,865 keseluruhannya. Tetapi 6,185 dan 6,500 kepala peledak nuklear yang masing-masing dimiliki oleh AS dan Rusia hari ini sudah mencukupi untuk membakar muka bumi kita berkali-kali.

Titik Baharu Kawalan Senjata

Perbincangan kawalan senjata di antara pihak Amerika dan Soviet bermula dalam tahun 1963 apabila wakil-wakil dari Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan Great Britain menandatangani Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Terhad, yang melarang ujian senjata nuklear di angkasa lepas, di bawah air mahupun di atmosfera.

Bermula dalam tahun 1969, kedua-dua negara itu memeterai perjanjian Kawalan Senjata Nuklear Strategik.

Perbincangan Pengehadan Senjata Berstrategi (SALT) bermula dalam tahun 1969 dan menghasilkan Perjanjian Peluru Berpandu Anti-balistik (ABM) dalam tahun 1972. Meskipun Perjanjian SALT II dikuatkuasakan dalam tahun 1972, ia ranap selepas penglibatan Kesatuan Union dengan Afghanistan dalam bulan Disember 1979.

Perjanjian Pengurangan Senjata Berstrategi (START) ditandatangani pada 31 Julai 1991 oleh Presiden George H. W. Bush dan Presiden Soviet Mikhail Gorbachev, mensyaratkan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk mengurangkan gudang senjata berstrategi yang diatur kedudukannya kepada 1,600 kenderaan penghantaran, membawa tidak lebih daripada 6,000 kepala peledak sebagaimana yang dikira menggunakan peraturan perjanjian.

Walaupun selepas pembubaran Kesatuan Soviet, Rusia tetap terus mengekalkan momentumnya biarpun menghadapi waktu-waktu mencabar.

Dalam bulan Januari 1993, Presiden George H. W. Bush dan Boris Yeltsin menandatangani START II, Perjanjian yang menggesa pengurangan gudang senjata berstrategi yang diatur kedudukannya kepada 3,000-3,500 kepala peledak dan mengharamkan peletakaturan kedudukan kepala perang yang memusnahkan dan peluru berpandu berpangkalan darat.

Selepas beberapa penangguhan dalam prosedur ratifikasi, START II telah dimansuhkan lanjutan penarikan diri AS daripada perjanjian ABM dalam tahun 2002.

Dalam bulan Mei 2002, Presiden George W. Bush dan Vladimir Putin menandatangani Perjanjian Pengurangan Senjata Serangan Berstrategi (SORT) tetapi ia telah digantikan dengan perjanjian New START.

Dalam bulan April 2010, Amerika Syarikat dan Rusia menandatangani New START, sebuah perjanjian boleh ditentusahkan dan terikat di bawah undang-undang yang mengehadkan setiap pihak kepada 1,550 kepala peledak nuklear berstrategi yang diatur kedudukan dalam 700 sistem penghantaran berstrategi (ICBM, SLBM dan pengebom berat) dan mengehadkan pelancar yang diatur dan tidak diatur kedudukannya kepada 800.

Semenjak Perang Dunia Kedua dan ketika era Perang Dingin sekalipun, AS dan Kesatuan Soviet dan selepas itu Rusia terlibat dalam berbilang projek penting yang memanfaatkan kedua-dua negara, dan seluruh dunia.

Sebagai contoh: Kedua-dua negara turut serta dalam usaha bersama dalam Perjanjian Pengharaman Ujian Terhad dalam tahun 1963; projek Apollo-Soyuz di angkasa lepas di mana musuh perang dingin bertemu dalam orbit dalam tahun 1975; menyertai Perjanjian Kuasa Nuklear Julat Pertengahan (INF) dalam tahun 1987; misi kapal angkasa kerjasama AS-Rusia pertama dalam tahun 1994; dan dalam tahun 1995, kapal angkasa AS, Atlantis memasuki dok dengan stesen angkasa Rusia, Mir di angkasa lepas lalu membentuk kapal angkasa terbesar dalam orbit. 

Pencapaian baharu yang menempa sejarah oleh dua kuasa besar yang sering bertelagah ini, AS dan Rusia (yang sering dikategorikan sebagai penghasut perang dan bukan pendamai) yang berusaha dan secara nyata telah mengurangkan senjata nuklear mereka dari 70,000 kepala perang dalam era perang dingin menjadi 14,000 pada masa ini.

Semenjak penubuhannya dalam tahun 1945, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berusaha gigih untuk menghapuskan senjata nuklear untuk mencapai matlamat murninya “untuk menyelamatkan generasi berikutnya daripada kesengsaraan perang”.

Perjanjian Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) yang dikuatkuasakan pada 22 Januari 2021, secara jelas dan nyata melarang penggunaan, ancaman untuk menggunakan, pembangunan, penghasilan, ujian dan pengumpulan senjata nuklear, dan ia mensyaratkan semua Negara untuk tidak membantu, menggalakkan atau mencetuskan sesiapa sahaja dengan apa-apa cara sekalipun untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dilarang oleh Perjanjian.

Merujuk kepada TPNW, Peter Maurer, Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) berkata: “Hari ini merupakan satu kemenangan buat kemanusiaan. Perjanjian ini – hasil lebih daripada 75 tahun usaha – memberikan isyarat jelas bahawa senjata nuklear tidak dapat diterima dari segi moral, kemanusiaan dan kini dari sudut pandangan undang-undang. Ia menggerakkan halangan undang-undang yang lebih tinggi lagi dan stigmatisasi lebih besar terhadap kepala perang nuklear daripada yang sedia ada. Ia membenarkan kita untuk membayangkan sebuah dunia yang bebas daripada senjata tidak berperikemanusiaan ini sebagai satu matlamat yang boleh dicapai”. [IDN-InDepthNews – 05 Februari 2021]

*Somar Wijayadasa, seorang peguam Antarabangsa ialah seorang Ahli Fakulti University of Sri Lanka (1967-1973), bekerja dengan organisasi PBB (IAEA & FAO dari tahun 1973-1985), seorang ahli Delegasi UNESCO ke Persidangan Umum PBB dari tahun 1985-1995, dan Wakil UNAIDS di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari tahun 1995-2000.

Foto: Presiden Barack Obama menandatangani (perjanjian) New START di Pejabat Oval, 2 Feb. 2011 – dengan Naib Presiden Joe Biden di kanan sekali. Kredit: Chuck Kennedy (fotograf Rumah Putih rasmi)