Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.

A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status 
with ECOSOC.

 

Growing Number of Corporations Against Investing in Nuclear Weapons - Malay

Bilangan Syarikat Yang Menentang Pelaburan Dalam Senjata Nuklear Semakin Bertambah

Oleh Jaya Ramachandran

GENEVA (IDN) — "Naratif senjata nuklear sedang berubah. Kebenaran terang-terangan untuk menghasilkan senjata kemusnahan besar-besaran sedang ditarik balik oleh pihak kerajaan, ahli-ahli parlimen, bandar raya dan sektor kewangan," demikian dikatakan dalam sebuah laporan baharu yang diterbitkan sebelum pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang menandakan titik baharu dalam sejarah pasca Perang Dingin. Secara nyata, pencerobohan pihak Rusia juga telah mencetuskan kebimbangan terhadap perang dunia ketiga, yang akan melibatkan penggunaan senjata nuklear.

Laporan 'Menolak Risiko: 101 dasar menentang senjata nuklear', telah diterbitkan oleh Kempen Antarabangsa Untuk Memansuhkan Senjata Nuklear yang berpangkalan di Geneva, yang telah dianugerahkan Anugerah Keamanan Nobel 2017, dan PAX, organisasi keamanan terbesar di Utrecht, Belanda.

Ia memprofilkan 101 institusi kewangan dengan dasar-dasar yang mengehadkan pelaburan dalam syarikat yang terlibat dalam penghasilan, pembangunan, pengerahan, penimbunan, ujian atau penggunaan senjata nuklear. Ini, seperti yang dinyatakan dalam laporan ini, ialah pertambahan sebanyak 24 dibandingkan dengan penyelidikan yang diterbitkan sebelum ini. Daripada ini, 59 institusi mempunyai dasar-dasar yang menyeluruh. Ia disenaraikan dalam 'Dewan Masyhur'. 42 institusi mempunyai dasar yang tidak meliputi segalanya. Ini semua disenaraikan dalam 'Naib Johan'.

Dewan Masyhur memprofilkan 59 institusi kewangan yang telah mengamalkan, melaksanakan dan menerbitkan dasar yang mengelakkan sebarang penglibatan kewangan dalam syarikat-syarikat penghasilan senjata nuklear secara menyeluruh. Institusi dalam Dewan Masyhur berpangkalan di Australia, Belgium, Canada, Denmark, Finland, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Mexico, New Zealand, Norway, Sweden, Switzerland, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Seksyen 'Naib Juara' memaparkan 42 institusi kewangan yang telah mengambil langkah untuk mengecualikan penghasil senjata nuklear daripada pelaburan mereka, tetapi yang mana dasar-dasarnya tidak meliputi semuanya dalam mengelakkan semua jenis penglibatan kewangan dengan syarikat-syarikat senjata nuklear. Ia berpangkalan di Aotearoa/ New Zealand, Austria, Belgium, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Malaysia, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Menurut laporan ini, bilangan institusi kewangan yang meningkat yang tidak melabur dalam syarikat senjata nuklear mengupas Perjanjian Pelarangan Senjata Nuklear (TPNW) sebagai sebahagian daripada justifikasi mereka untuk pengecualian daripada dasar-dasar ini. "Terdapat hubung kait di antara pemahaman yang bertambah dalam penglibatan sektor swasta dalam program senjata nuklear, dan bilangan dasar yang mengecualikan syarikat-syarikat yang terlibat," kata laporan tersebut.

Terdapat 54 dasar yang termasuk dalam laporan 'Jangan Melabur Dalam Bom' 2016 sebelum TPNW dirunding semula. Selepas perjanjian ini dilaksanakan, bilangan ini meningkat ke 77. Sejak TPNW berkuat kuasa, bilangan pempolisan yang dikenal pasti telah meningkat sehingga lebih daripada 100.

Perjanjian ini diamalkan oleh Majlis—dengan undi sebanyak 122 Negeri yang menyokong, dengan satu undi menentang dan satu yang mengelak daripada mengundi—di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 7 Julai 2017, dan dibuka untuk tandatangan daripada Setiausaha Agung PBB pada 20 September 2017. Berikutan deposit dengan Setiausaha Agung instrumen ke-50 ratifikasi atau aksesi Perjanjian pada 24 Oktober 2020, ia dikuat kuasa pada 22 Januari 2021 berdasarkan artikel 15 (1).

Laporan ini menghuraikan bahawa bilangan institusi kewangan tersenarai yang bertambah memberikan gambaran keseluruhan tentang norma sedang berkembang dalam sektor kewangan untuk mengelak syarikat-syarikat daripada menyumbang kepada risiko kewujudan. "Tambahan kepada peningkatan dalam dasar-dasar yang dikenal pasti, pengenaan dasar-dasar ini sedang menjadi lebih menyeluruh, dan menunjukkan pengiktirafan institusi kewangan tentang peranan mereka dalam tidak menggalakkan penghasilan senjata yang tidak berperikemanusiaan."

TPNW nampaknya memberi kesan yang amat mendalam, dan laporan ini menunjukkan salah satu cara ia sedang melakukannya. Institusi kewangan mewakili $3.9 trilion ($3,964,016,300,000) dan secara terperincinya dinamakan sebagai Perjanjian sebagai sebab untuk mengecualikan industri senjata nuklear daripada pelaburan atau pendanaan. Ini mewakili kira-kira suku daripada semua aset yang dipegang oleh institusi kewangan dalam Dewan Masyhur, sejumlah besar $14 trilion yang dijauhi daripada syarikat-syarikat yang terbabit dalam senjata nuklear.

“Senjata nuklear adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, dan para pelabur melihat bahawa syarikat-syarikat di sebalik bom itu merupakan perniagaan yang cukup berisiko,” kata penulis laporan Susi Snyder. “Perubahan dalam landskap perundangan ini sudah mengubah industri kewangan.”

Sekiranya sesebuah syarikat melakukan sesuatu yang mempersembahkan masalah-masalah yang berkaitan kemampanan, pengawalseliaan, hak asasi manusia atau masalah yang lain, institusi kewangan mempunyai pilihan untuk sama ada terus memberi dana kepada pelaku bermasalah atau tidak.

Syarikat-syarikat bermasalah ini perlu menjana modal untuk meneruskan aktiviti mereka, dan suara pelabur kadang-kadang boleh mengubah gelagat yang bermasalah. Tetapi, tidak selalu, dan itulah bila hubungan kewangan diputuskan dan syarikat-syarikat bermasalah disenarai hitamkan. Kira-kira separuh daripada institusi kewangan dalam laporan 'Menolak Risiko' menerbitkan senarai hitam.

Pengenalpastian dasar untuk dimasukkan ke dalam laporan ini adalah berdasarkan pengesyoran rakan. "Dengan peratusan kekayaan baharu signifikan yang mencari pelaburan dalam dana dengan kriteria alam sekitar, sosial dan pengawalseliaan yang kuat, bersama dengan Kemasukan Dalam Kuasa Perjanjian Pelarangan Senjata Nuklear, adalah dianggarkan bahawa bilangan dasar yang mengecualikan penghasil senjata nuklear akan terus bertambah," kata laporan tersebut.

Ia meneruskan bahawa: Sektor kewangan sentiasa bermain dengan risiko, kerana tanpa sedikit risiko, tiada ganjaran yang akan diperoleh. Namun, lebih daripada 100 institusi menyatakan dengan terbuka bahawa perniagaan senjata nuklear adalah terlalu berisiko dan tidak berbaloi sebarang ganjaran. [IDN-InDepthNews – 21 Mac 2022]

Foto: Muka Depan Laporan