• 01
  • 02
  • 03
  • 04

Bangladesh Opting for Peace Rather Than Nuclear Arms - Malay

Bangladesh Memilih Keamanan Daripada Senjata Nuklear

Analisis oleh Naimul Haq

DHAKA, Bangladesh (IDN) – Walaupun dengan ancaman serangan nuklear global yang semakin menjadi-jadi, Bangladesh – yang dikelilingi oleh negara-negara yang memiliki senjata nuklear – memilih untuk menjadi sebuah negara yang aman daripada menyertai kelab nuklear ini.

Menggalakkan semangat politik untuk memperjuangkan keamanan global dan mematuhi perjanjian-perjanjian nuklear antarabangsa, pakar-pakar keselamatan negara berkata walaupun Perang Dingin telah berakhir, potensi untuk serangan-serangan nuklear masih wujud.

Dalam suara yang berasingan tetapi bersatu, mereka membahas bahawa ancaman perang nuklear global telah berkurangan, tetapi risiko serangan nuklear telah meningkat kerana lebih banyak negara telah mendapatkan teknologi untuk membangunkan senjata nuklear, di samping keinginan pihak pengganas untuk mendapatkan senjata-senjata pemusnahan massa ini.

Mereka berkata bahawa, selagi bahaya ancaman ini masih berterusan, Bangladesh mesti bersedia untuk meningkatkan kepintaran keselamatan negara dan memfokus kepada strategi penerusan hidup daripada radiasi yang akan timbul daripada serangan-serangan seperti ini.

Merujuk kepada isu ‘perlindungan payung’ nuklear China-India-Amerika Syarikat (A.S.), Brigadier Jeneral M. Sakhawat Hussain (Bersara), seorang penganalisis keselamatan dan pertahanan negara, memberitahu IDN: “Bangladesh bukannya negara yang berkonfrontasi mahupun menghadapi ancaman serangan nuklear sekurang-kurangnya dalam abad ini. Ketika ini tidak ada apa-apa ancaman luaran tetapi kita tidak boleh meramal masa depan.”

Hussain mempersoalkan rasional di sebalik memiliki senjata nuklear dan berkata bahawa sebarang niat untuk membangunkan senjata nuklear akan menjadi sesuatu yang amat berisiko.

“Siapakah yang kami hendak serang dan siapakah yang dianggap sebagai musuh kami,” beliau bertanya. “Secara umum, sekiranya anda perasan, negara-negara yang membangunkan senjata nuklear mempunyai musuh mereka sendiri, sebagai contoh, A.S. bermusuhan dengan Kesatuan Soviet, India dan Pakistan membangunkan senjata-senjata ini untuk melindungi diri mereka daripada satu sama lain, Korea Utara menghadapi ancaman daripada musuh-musuh mereka dari Korea Selatan dan A.S. dan dalam masa yang sama Israel membangunkan senjata nuklear kerana berasa bahawa mereka akan diancam oleh musuh-musuh Arab mereka.”

Beliau meneruskan hujah dengan berkata bahawa “secara geografi, sekiranya perang di antara India dan Pakistan meletus lagi, secara strategiknya Bangladesh mungkin juga akan menghadapi ancaman melindungi daripada keradioaktifan daripada serangan-serangan bom yang berkemungkinan memandangkan kami merupakan negara jiran mereka. Dalam situasi ini, seperti juga dengan negara-negara lain, kami juga harus memberi kesediaan kepada warga kami dari segi pengetahuan penerusan hidup akibat radiasi daripada bersedia untuk serangan balas nuklear.”

Hussain juga menekankan keperluan untuk system kepintaran nuklear yang mantap yang, beliau berkata, juga merupakan kunci kepada keselamatan nuklear sekarang ini.

Mejar Jeneral (bersara) Mohammad Abdur Rashid, seorang penganalisis keselamatan negara yang ternama, memberitahu IDN: “Menyertai ‘kelab nuklear’ dalam era keselamatan global hari ini merupakan pelaburan yang tidak berguna terutamanya apabila Bangladesh kini merupakan sebuah ekonomi yang membangun. Memandangkan keadaan geopolitik benua ini, tiada sebab untuk membangunkan senjata nuklear.”

Rashid, yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Institut Pengajian Konflik, Perundangan dan Pembangunan (ICLDS), berkata: “Bangladesh sebaliknya harus memfokuskan kepada strategi penerusan hidup daripada radiasi sekiranya India dan Pakistan terlibat dalam perang nuklear. Terbaik yang kami boleh lakukan ialah menyelamatkan penduduk kami daripada serangan seperti ini dan setiap negara mempunyai persediaannya sendiri untuk melindungi warganya daripada radiasi nuklear yang berbahaya.”

Beliau juga menekankan peningkatan kepintaran untuk mengesan sebarang ancaman nuklear dan melakukan persediaan yang sepatutnya. “Sayap kepintaran yang mantap mungkin sesuai untuk berjaga-jaga daripada sebarang ancaman yang mungkin berlaku.”

M. A. Gofran, seorang pakar tenaga boleh diperbaharui, memberitahu IDN: “Apabila dunia sedang menunggu berakhirnya perlumbaan senjata nuklear, tiada sebarang sebab untuk negara yang miskin seperti Bangladesh untuk membangunkan senjata nuklear yang mahal dan berbahaya. Malah, nuklear juga tidak lagi merupakan pilihan peperangan dan tidak akan ada lagi serangan bom nuklear selepas dunia menyaksikan apa yang boleh dilakukan oleh senjata pemusnahan massa ini selepas serangan ke atas Hiroshima dan Nagasaki kepada manusia sejagat.”

Mengenai isu ‘perlindungan payung’, Gofran berkata: “Gergasi nuklear seperti India atau A.S. tidak mungkin dapat menjamin ‘perlindungan’ untuk negara yang bersekutu sekalipun. Bom nuklear bukan sahaja senjata artileri. Untuk membalas dengan bom nuklear untuk negara yang bersekutu yang lain nampaknya seperti menggadaikan wilayahnya sendiri untuk serangan bom nuklear yang berkemungkinan oleh musuh sebuah negara yang lain, jadi mengapa negara gergasi nuklear mahu bertindak dengan begitu tidak bertanggungjawab?”

Wartawan kanan Afsan Chouwdhury mengenepikan kemungkinan sebarang ancaman nuklear untuk: “Kami selamat kerana siapalah yang ingin menyerang kami dengan senjata nuklear?  India berjiran dengan kami melainkan mereka sendiri yang menyerang kami yang nampaknya hampir mustahil, kami selamat. Kami tidak mendatangkan ancaman kepada mana-mana negara.”

Mengenai kemampuan untuk mengendalikan bahan api nuklear, Afsan berkata: “Kami tidak cukup berdaya saing mahupun cekap untuk mengendalikan teknologi nuklear seperti ini (senjata). Dan siapalah kami hendak serang? Dalam konteks keselamatan global, membangunkan senjata nuklear tidak masuk akal. Saya tidak nampak mana-mana kerajaan Bangladesh yang ingin berbuat begitu.”

Mejar Jeneral (Bersara) Mohammad Ali Sikder, seorang penganalisis keselamatan politik memberitahu IDN: “Kami sentiasa mengambil pendirian sederhana dan pendirian ini sentiasa tersemat dalam sejarah politik kami. Kami tidak pernah menggalakkan konflik dan oleh itu kami tidak mempunyai musuh-musuh nuklear. Malah, saya juga tidak nampak apa-apa sebab untuk berasa terancam.”

Menurut Sikder, “gergasi nuklear jiran – India dan China – selama ini merupakan sekutu kami yang paling rapat. Setakat ini, hakikat geopolitikal tidak mendatangkan sebarang ancaman nuklear kepada Bangladesh. Oleh itu, kami tidak perlu memikirkan kemampuan senjata nuklear ketika ini.”

Walau bagaimanapun, beliau menambah, “kami perlu memiliki kemampuan dipertingkatkan untuk kekal dinaik taraf. Perkara terbaik untuk dilakukan ialah mengikuti perkembangan teknologi kepintaran. Dengan ini kami akan mengetahui sebarang ancaman berkemungkinan, kalaulah ia wujud.”

M. Ali Zulquarnain, Pengerusi Suruhanjawa Tenaga Atom Bangladesh (BAEC), memberitahu IDN bahawa program nuklear Bangladesh selama ini sentiasa bertujuan keamanan.

Beliau berkata “BAEC sedang meneruskan penyelidikannya (kebanyakannya perubatan) dan kerja-kerja pembangunan yang sejajar dengan keperluan masyarakat dan peningkatan teknologi nuklear. Menerusi INPRO dan juga aktiviti-aktiviti antarabangsa dan benua yang lain, BAEC sedang berusaha dalam bidang sistem tenaga nuklear mampan, konsep reaktor yang inovatif untuk pengelakan kemalangan yang teruk dan akibatnya, dan bahan api nuklear dan analisis kitaran bahan api untuk sistem tenaga nuklear masa depan.”

Beliau menyambung perbincangan dengan berkata bahawa beliau percaya bahawa Bangladesh berada dalam “kedudukan yang lebih baik berbanding dengan negara-negara membangun yang lain dalam menggunakan kuasa nuklear dan mengendalikan penyelidikan yang berkaitan dengannya kerana kepakaran kami dalam aktiviti penyelidikan nuklear.” Negara ini mempunyai “sejarah yang bersih di dunia dalam penggunaan tenaga nuklear yang aman dan kami telah menandatangani hampir semua perjanjian antarabangsa yang berkenaan dengan tidak menggunakan tenaga nuklear secara keterlaluan.”

IDN juga telah berbincang dengan pelbagai individu daripada masyarakat umum termasuklah guru, bekas pegawai kerajaan dan bukan kerajaan, wartawan dan ahli-ahli perniagaan. Dengan suara yang bersatu, mereka semuanya menyeru perjuangan keamanan dan menolak sebarang cadangan untuk menyertai perlumbaan nuklear yang mereka sifatkan sebagai tidak munasabah.

“Bangladesh mempunyai salah satu ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Selatan dan cita-cita senjata nuklear akan menjejaskan pertumbuhan ini dengan segera,” kata seorang pegawai bank yang berpengalaman.

Seorang guru veteran daripada sebuah universiti yang ternama berkata: “Pertama sekali, mampukah Bangladesh menjadi sebahagian daripada kelab nuklear tersebut? Ia amat mahal dan amat tidak selamat. Dalam semua aspek ini, Bangladesh tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan terus menikmati pembangunan ekonominya yang sedia ada.” [IDN-InDepthNews – 25 Jun 2016]