Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

UN Chief Decries ‘Chronic Stalemate’ Over Disarmament – Malay

Ketua PBB Mengutuk ‘Kebuntuan Kronik’ Tentang Perlucutan Senjata

Oleh Rodney Reynolds

NEW YORK (IDN) – Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, yang selama ini tidak pernah berdolak-dalik dalam kempen beliau yang telah berlarutan sekian lama untuk melihat “dunia tanpa senjata nuklear”, telah menyatakan kekecewaan besar beliau mengenai “perpecahan meruncing” dalam kalangan 193 negara-negara ahli PBB mengenai masa depan perlucutan senjata berbilang pihak.

Dari satu sudut, Negara-negara bersenjata nuklear, berserta rakan-rakan sekutu mereka, mempertikaikan bahawa mereka telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengurangkan simpanan senjata, ujar beliau. 

Dari sudut lain pula, Negara-negara tidak bersenjata nuklear mengutarakan kekurangan perundingan perlucutan senjata; kewujudan secara berterusan beribu-ribu senjata nuklear; dan rancangan untuk pemodenan simpanan senjata nuklear sedia ada yang memakan berdekad-dekad hingga ke masa depan dengan kos yang menelan belanja melebihi $1 trilion, ujar Ban dalam ucapan dasar pada 22 November kepada Sekolah Kajian Profesional, Universiti New York.

Dalam ucapan perpisahan, yang pada amnya dihadiri oleh para ilmuan, penggiat keamanan dan kumpulan antinuklear, Ban mengkritik Persidangan Perlucutan Senjata PBB (CD) yang berpangkalan di Geneva, yang telah tidak menunjukkan sebarang kemajuan selama hampir 20 tahun, termasuklah sepanjang 10 tahun tempoh pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung, malah sehingga beliau meletakkan jawatan pada 31 Disember.

Semenjak beliau mengambil alih jawatan Setiausaha Agung pada bulan Januari 2007, Ban mengatakan beliau telah banyak kali pergi ke Geneva dan berucap dalam Persidangan Perlucutan Senjata. (Pada Hari Bangsa-bangsa Bersatu, 24 Okt 2009 beliau telah melancarkan Cadangan Serampang Lima Mata untuk Perlucutan Senjata Nuklear.)

Jentera perlucutan senjata PBB telah “terkunci dalam kebuntuan kronik”, beliau menegaskan.  

“Anda akan terperanjat – [lantaran] lebih daripada dua dekad, mereka masih tidak dapat menerapkan program kerja. Bolehkah anda percaya? Bukan itu sahaja, kemajuan dalam kerja pun tidak kelihatan.”

Beliau mengutuk bahawa CD telah tidak dapat menerapkan walaupun satu agenda.

“Selama dua puluh tahun, ini telah wujud, dan saya telah pun memberi amaran kepada mereka: Sekiranya perlakuan begini yang ditunjukkan, kita terpaksa menaikkan perbincangan dalam Persidangan Perlucutan Senjata, kita terpaksa memindahkannya ke tempat lain, tetapi mereka tidak dengar … Kerana sistem konsensus, hanya satu negara boleh menyekat kesemua 193 Negara Ahli. Ini merupakan satu situasi yang tidak dapat diterima sama sekali,” beliau memberi amaran. 

Natijah daripada membenarkan status quo seperti ini, tiada tindakan – masih lagi berterusan. Ini amat amat mengecewakan, rungut Ban. 

Walaupun beliau memberi amaran, “perlucutan senjata menghadapi satu krisis”, beliau secara diplomatik mengelak daripada menjawab secara terus kepada retorik pro-nuklear yang berat yang datang dari bakal Presiden A.S. Donald Trump yang memberi bayangan bahawa negara-negara seperti Korea Selatan dan Jepun seharusnya menggunakan senjata nuklear untuk melindungi diri mereka sendiri daripada bergantung kepada Amerika Syarikat.

Ditanya tentang pemerhatian beliau atas keadaan semasa perlucutan senjata, Dr M. V. Ramana, daripada Program Tentang Sains dan Keselamatan Sejagat di Universiti Princeton, told IDN: “Ini ialah waktu yang janggal untuk memperkatakan tentang perlucutan senjata, memandangkan banyak perkara menyebabkan tiada kemungkinan kemajuan dicapai dalam masa terdekat ini.”

Amerka Syarikat, tegasnya, baru sahaja melantik Donald Trump yang telah menunjukkan bahawa beliau akan mempertimbangkan penggunaan senjata nuklear. Beliau berkata perhubungan di antara Amerika Syarikat dan Rusia telah menjadi semakin buruk dan masa depan kawalan senjata dua hala di antara kedua-duanya kelihatan suram.

Kebanyakan negara yang bersenjata nuklear, terutamanya Amerika Syarikat, sedang dalam proses memodenkan atau mengembangkan keupayaan senjata nuklear mereka.

“Dengan perletakan jawatan Setiausaha Agung Ban Ki-moon, peranan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu juga menjadi tidak berketentuan. Salah satu peluang untuk optimisme yang saya nampak datanng daripada undian terbaharu oleh majoriti negara di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memulakan perundingan dalam perjanjian mengharamkan senjata nuklear,” ujar Dr Ramana.

“Mengkaji abjad rune atau isi perut ayam adalah ramalan yang dapat disamakan dengan apa yang Presiden Trump mungkin akan lakukan terhadap perlucutan senjata mengikut apa yang terkandung dalam ucapan beliau,” pemerhatian Dr Rebecca Johnson, daripada Institut Akronim untuk Diplomasi Perlucutan Senjata.

“Beliau ialah seorang ahli perniagaan yang banyak menyelewang, bukan seorang diplomat. Sistem kepercayaan beliau, yang sekarang ini nampaknya telah diperkuatkan lagi oleh pilihanraya ini, ialah kejayaan ialah apa yang penting, apa sahaja yang diperlukan untuk memenangi urusan jangka pendek, tanpa mengira perkara-perkara lain yang dikorbankan atau kemungkinan natijah jangka panjangnya.”  

Dr Johnson berkata Trump adalah gambaran eksepsionalisme narsisistik.  

Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau nyata sekali benci kerana perlu untuk mematuhi peraturan dan undang-undang persekitaran, cukai atau yang lain, jadi ia tidaklah menghairankan yang beliau menolak penyusunan keselamatan kolektif seperti PBB dan perjanjan perlucutan senjata yang tujuan utamanya ialah mengekang kebebasan tindakan ketenteraan dalam usaha melindungi orang ramai yang mudah terdedah kepada keganasan yang disalahgunakan dan mencegah pemusnahan besar-besaran dan malapetaka kemanusiaan.  

Trump ibarat seorang pragmatis “hasil menghalalkan cara”, tetapi tidak semestinya seorang penyokong sejati nuklear. Diunjurkan secara positif, beliau mungkin sanggup untuk melanjutkan lagi perjanjian pengurangan senjata nuklear dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.  

Perlucutan senjata bukan lagi menjadi objektifnya, tetapi untuk mengurangkan kos menimbunkan senjata nuklear secara berlebih-lebihan dan tidak diperlukan, dan membebaskan sumber-sumber untuk persenjataan abad ke-21.  

Diunjurkan secara negatif, beliau berkata: “Trump nampaknya merasakan bahawa senjata nuklear boleh digunakan, dan bukan sahaja dalam terma-terma pencegahan tradisi yang sering disebutkan dalam tabu tentang pengukuhan senjata nuklear, dan sekiranya beliau memutuskan bahawa simpanan senjata A.S. hendaklah digunakan, beliau boleh melakkan kesilapan besar dan melepaskan bahaya yang beliau sendiri tidak dapat mengawalnya.“ 

“Dalam apa juga kes, Trump memperlihatkan apa yang selama ini telah dipertikaikan oleh negara-negara tidak bersenjata nuklear – bahawa tiada tangan yang selamat untuk senjata nuklear.”

Beliau berkata, Trump ialah seorang yang menceceh tentang justifikasi keperluan untuk mengubah rejim nuklear dan mengharamkan penggunaan, pengaturan kedudukan, pengeluaran, pengangkutan, penambahan, dan pembiyaan senjata nuklear.

Anehnya, bukanlah ramalan bahawa Trump bakal menjadi Presiden yang menyebabkan lebih 120 buah kerajaan untuk mengundi perundingan PBB.

(Pada tanggal 27 Oktober, Jawatankuasa Perlucutan Senjata dan Keselamatan, Persidangan Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menerapkan resolusi pelopor Mendepankan perundingan perlucutan senjata nuklear berbilang hala. Resolusi tersebut menubuhkan sebuah persidangan PBB dalam tahun 2017untuk merundingkan instrumen yang terikat pada undang-undang untuk mengharamkan senjata nuklear, membawa kepada penghapusannya secara menyeluruh.’)

Dr  Johnson mempertikaikan bahawa Trump memperkukuhkan imperatif kemanusiaan untuk penghapusan nuklear, tetapi dua per tiga daripada dunia mengundi untuk merundingkan perjanjian mengharamkan senjata nuklear pada bulan Oktober gara-gara Putin, Kim Jong Un, (Narendra) Modi, (Theresa) May dan yang selebihnya, dan dalam memperakui kepentingan yang dilaburkan dalam kelab senjata nuklear dan pertubuhan A.S. yang bernakna bahawa Presiden Obama sekalipun tidak dapat membuka jalan untuk perlucutan senjata selepas ucapan Prague tahun 2009yang penuh gah.

“Jadi sama ada dengan Trump atau tanpa Trump, perlucutan senjata akan berlaku apabila majoriti penduduk dunia mengambil tanggungjawab, dan apabila itu berlaku beliau tidak syak lagi tentu mengatakan yang itu adalah usaha beliau!,” kata Dr Johnson. [IDN-InDepthNews – 23 November 2016]

IDN ialah cabang utama International Press Syndicate.

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top