Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

UN Chief Warns of Nuclear Disarmament Going Reverse – MALAY

Ketua PBB Memberi Amaran Pelucutan Senjata Nuklear Menjadi Berbalik

Oleh Shanta Roy

NEW YORK (IDN) – Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperingati Hari Antarabangsa Untuk Penghapusan Senjata Nuklear Secara Total  tahunannya pada 26 September, Setiausaha Agung António Guterres menggariskan dua realiti politik yang perlu dihadapi oleh komuniti sejagat.

Pertama sekali, bukan sahaja kemajuan dalam pelucutan senjata tergendala, tetapi “ia bergerak berbalik,” ujar beliau. Keduanya, hubungan di antara negara-negara senjata nuklear diselubungi oleh rasa curiga sementara retorik yang berbahaya tentang penggunaan senjata nuklear sedang berkembang, kata beliau.

“Sebuah perlumbaan senjata nuklear yang kualitatif sedang berjalan,” Guterres memberi amaran, dan “rejim kawalan senjata terbina dengan begitu rumit sedang tumbang,” isytihar beliau, ketika berucap dalam sebuah sidang kemuncak bagi pelucutan senjata ketika majlis pembukaan sesi ke-74 Perhimpunan Agung PBB.

Tetapi aktivis anti-nuklear dan persatuan masyarakat sivil (CSOs) meluahkan kebimbangan mereka—dan terkejut – dengan perkembangan terkini, termasuk menghentikan kemajuan dalam pelucutan senjata nuklear dan retorik sayap kanan yang sedang menjadi-jadi dan juga tindakan mengundang peperangan di kalangan kuasa-kuasa nuklear seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, India dan Pakistan.

Sementara pemimpin dunia memberi amaran tentang bahaya peperangan nuklear ketika persidangan satu hari tersebut, Joseph Gerson, Presiden Kempen untuk Keamanan, Pelucutan Senjata dan Keselamatan Umum, memberitahu IDN hakikat yang menyedihkan, dahsyat dan bahaya bahawa ketika para diplomat berucap di PBB, semua negara senjata nuklear sedang menaik taraf simpanan senjata nuklear mereka dan sistem penghantaran dalam persediaan mereka untuk mencetuskan perang nuklear.

“Dan dengan tindakan mereka, mereka menggugat asas Perjanjian Penyahpemeridian Nuklear (NPT) dan menggalakkan pemeridian,” kata beliau. “Terdapat sebab bahawa saintis atom memberi amaran bahawa kelangsungan hidup manusia berkedudukan dua minit sebelum tengah malam.”

Beliau berkata bahawa ramai sudah memerhatikan persamaan di antara era semasa dan tahun-tahun ketika terjebak ke dalam Perang Dunia I.

“Namun kali ini, kuasa besar dunia dilengkapi dengan persenjataan nuklear dan siber yang mampu membunuh secara besar-besaran yang membawa mudarat dalam pelbagai cara,” kata Gerson, yang merupakan Penyelaras Pelucutan Senjata di Jawatankuasa Perkhidmatan Rakan-Rakan Amerika dan Naib Presiden, Biro Keamanan Antarabangsa.

Dr M. V. Ramana, Profesor dan Pengerusi Simons dalam Pelucutan Senjata, Keselamatan Global dan Manusia di Sekolah Dasar Umum dan Hal Ehwal Global (SPPGA) di Universiti British Columbia, memberitahu IDN: “Saya rasa ia berguna dan penting supaya Setiausaha Agung mengacarakan acara ini dan menjayakan rayuan ini”.

Untuk memahami betapa signifikannya ia, dia memberitahu, seseorang perlu bermula dengan pemahaman bahawa dia hanya menghasilkan semula sentiment dan idea yang diluahkan oleh ramai orang di seluruh dunia dan berbilang negara.

“Suara tergabung merekalah yang sedang didengari dalam seruan Setiausaha Agung, dan tindakan mereka dan tekanan merekalah yang menjadikan mereka mampu bertahan sehingga akhirnya membawa kepada penghapusan senjata nuklear,” tambah mereka.

“Saya juga berasa ia perlu diketahui bahawa Setiausaha Agung, hampir secara spontan menyatakan bahawa ‘satu-satunya cara yang sebenar untuk menghapuskan ancaman senjata nuklear ialah menghapuskan senjata nuklear’”.

Ini pemerhatian yang amat penting, kerana ia menjadikannya amat jelas bahawa keadaan semasa, atau sebarang aturan di mana sesetengah negara memiliki senjata nuklear dan ada sesetengah yang tidak ada, tidak akan bersifat mampan, isytihar Dr Ramana.

Dr Rebecca Johnson, penganalisis nuklear, yang berkhidmat di Panel Antarabangsa Untuk Bahan Boleh Belah (IPFM) dan Kumpulan Kerja Antarabangsa (ISG) milik karyawan Keamana Nobel 2017 Kempen Antarabangsa Untuk Menghapuskan Negara Nuklear (ICAN), memberitahu IDN: “Saya mengalu-alukan pernyataan ringkas Setiausaha Agung Jeneral Gutierrez mengenai penghapusan senjata nuklear, tetapi ia mengejutkan untuk mendengar beliau memberi penghargaan kepada “kepimpinan negara-negara senjata nuklear” yang memiliki kubu senjata yang terbesar.

Ya, Amerika Syarikat dan Rusia mengurangkan kubu senjata besar yang mereka kumpul dalam Perang Dingin, katanya, tetapi mereka perlu bertanggungjawab dalam menggugat perjanjian pelucutan senjata yang sedia ada dan secara berterusannya menaik tahap kuasa ketenteraan dan kubu senjata nuklear mereka.  

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, satu-satunya kepimpinan yang kita lihat ialah Trump dan Putin membuang kawalan senjata dan memboikot rundingan pelbagai pihak yang diberi mandate oleh PBB yang membawa kepada Perjanjian Pelarangan Nuklear,” kata Dr Johnson.

“Sementara kanak-kanak keluar ke jalanan dan merayu untuk kepimpinan untuk mengatasi kecemasan iklim,” bahas beliau, “dunia kita berdekat dengan kebangkitan ancaman nuklear atas sebab dasar sembilan kerajaan bersenjata nuklear dan juga sekutu dan pihak yang bekerjasama dengan mereka.”  

Semua ancaman kewujudan yang berpaut ini memerlukan tindakan keselamatan didorong oleh kemanusiaan yang berkesan secara terkumpul daripada semua orang.  

Pemimpin negara nuklear terlalu bergantung kepada teknologi senjata dan ancaman ketenteraan mereka. Mereka tersekat dengan pemikiran pertahanan abad ke-20 apabila dunia ini memerlukan kepimpinan abad ke-21 untuk mengejar tindakan iklim dan pelucutan kemanusiaan.  

“Apa kata memberi penghargaan kepada kerajaan yang menambah tandatangan dan ratifikasi mereka ke dalam Perjanjian Pelarangan Nuklear minggu ini,?” tanya beliau. [12 Negara menyertai Perjanjian Pengharaman Nuklear untuk Hari Antarabangsa Bagi Penghapusan Total Senjata Nuklear.]

Menjelaskan selanjutnya, Gerson memberitahu IDN: “Kami perlukan tindakan, bukannya kata-kata yang direka untuk menolak tanggungjawab. Retorik yang manis dan mengelak di PBB memperkuatkan lagi amalan cuai dan amat bahaya dalam penipuan dan ugutan nuklear, secara terang-terangan di dalam konfrontasi Pakistan dan India untuk Kashmir, dalam penghancuran Pentadbiran Trump Administration terhadap pembinaan kawalan senjata nuklear dunia, dan ketegangan kuasa yang semakin menjadi-jadi di antara Amerika Syarikat, Rusia dan China”.

Beliau berkata tiga tindakan boleh membantu membantutkan bahaya nuklear yang sedang berkembang: tindakan antarabangsa untuk memfasilitasi resolusi dalam krisis Kashmir yang sudah berdekad-dekad lamanya; satu atau lebih daripada negara payung nuklear menandatangani dan meratifikasi Perjanjian Pelarangan Senjata Nuklear (TPNW), yang secara asasnya akan menggugat kecelaruan nuklear, dan – seperti pada zaman 1980-an – penjanaan semula permintaan popular besar-besaran untuk pelucutan senjata nuklear, kali ini dengan kerjasama pergerakan iklim dan keadilan.

“Kami boleh berharap bahawa TPNW akan dilaksanakan, tetapi ia tidak akan memberi kesan yang mendalam kepada sembilan negara nuklear tersebut melainkan pihak-pihak negara mereka mempunyai keberanian untuk berhadapan, mengasingkan dan memberi kelulusan untuk menyekat kuasa nuklear. Kuasa tidak membawa apa-apa tanpa penentangan,” isytihar Gerson.

Berucap dalam sidang kemuncak ini, Presiden Perhimpunan Agung PBB yang baru dilantik, Tijjani Muhammad-Bande memberitahu delegasi: “Sementara kita semakin dekat kepada ulang tahun ketujuh puluh lima Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kita ingat bahawa organisasi kita dilahirkan dalam masa kehancuran dan ketidakpercayaan.”

“Tragedi penggunaan pertama kali senjata nuklear menjadikannya penting supaya kita melakukan segala yang mungkin untuk memastikan bahawa ia juga kali terakhir senjata-senjata seumpama ini digunakan. ‘Tiada lagi’, mestilah menjadi pegangan utama kita,” tambah beliau. [IDN-InDepthNews – 29 September 2019]

Foto: Setiausaha Agung António Guterres (keempat dari kir) dan Tijjani Muhammad-Bande (kiri), Presiden sesi ketujuh puluh empat Perhimpunan Agung, menghadiri persidangan kemuncak Perhimpunan Agung untuk memperingati dan mempromosi Hari Antarabangsa Untuk Penghapusan Senjata Nuklear Secara Total. Kredit: UN Photo/Rick Bajornas. 26 September 2019.

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top