Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

UN Lauds India For Training Foreign Diplomats On Disarmament – MALAY

PBB Memuji India Kerana Melatih Diplomat Asing Tentang Pelucutan Senjata

Oleh Devinder Kumar

Foto: Kenderaan Pelancaran Satelit Geosegerakan ISRO (GSLV-F11) berjaya melancarkan satelit komunikasi GSAT-7A pada 19 Disember 2018. Kredit: ISRO

NEW DELHI (IDN) – India merupakan negara ahli pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melancarkan program kerjasama bagi pelucutan senjata dan keselamatan antarabangsa untuk diplomat asing. “Inilah bukti komitmen India terhadap isu nuklear dan pelucutan senjata,” kata seorang pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negara (MEA).

Dengan fokusnya kepada diplomat junior dari pelbagai negara yang berbeza dari segi geografi, program ini mempunyai persamaan yang agak rapat dengan Program Kerjasama PBB untuk Pelucutan Senjata, yang ditubuhkan pada tahun 1978 oleh sesi khas pertama Mesyuarat Agung yang dikhususkan kepada pelucutan senjata.

Sejak itu, lebih daripada 1,000 orang wanita dan lelaki muda, yang dipilih daripada pelbagai negara ahli, telah menjadi rakan kerjasama pelucutan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. India selama ini merupakan salah satu peserta yang paling aktif dalam program ini. Laluan kerjaya rakan-rakan ini yang seterusnya terserlah sebagai bukti yang terang kepada kedua-dua nilai latihan dan kepada kewibawaan individu yang terpilih untuk menyertainya.

Dalam kerangka kerja program kerjasama ini, Institut Perkhidmatan Asing Kementerian Hal Ehwal Luar Negara akan menerima 27 orang diplomat muda – semuanya di bawah umur 35 tahun – selama tiga minggu sehingga 1 Februari. Negara-negara yang telah menghantar peserta termasuk Vietnam, China, Bangladesh, Sri Lanka, Myanmar, Mongolia, Mesir dan Ethiopia.

Setiausaha Agung dan Wakil Tinggi untuk Hal Ehwal Pelucutan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Izumi Nakamitsu dan Setiausaha Luar Negara Vijay Keshav Gokhale telah merasmikan edisi pertama acara tahunan ini pada 14 Januari.

Mengikut Nakamitsu, nilai melibatkan profesional muda dan pelajar muda dalam pelucutan senjata bukan semata-mata melabur dalam potensi masa depan. Agenda Pelucutan Senjata Setiausaha Agung PBB, yang diterbikan pada Mei 2018, menekankan kepentingan dalam memperkasakan generasi muda sebagai kuasa terbesar untuk perubahan.

Orang muda telah berusaha di barisan hadapan dalam kempen-kempen antarabangsa yang berjaya untuk mengharamkan periuk api, pembekalan senjata secara kluster dan baru-baru ini senjata nuklear. “Had umur untuk program anda tidak mungkin lebih sesuai – setiap ahli staf Kempen Antarabangsa untuk Memansuhkan Senjata Nuklear (ICAN) berumur di bawah 35 tahun apabila ia dianugerahkan Anugerah Keamanan Nobel pada tahun 2017,” kata Nakamitsu.

“Dialog yang dipacu golongan belia boleh memberikan cetusan kreativiti dalam kita berusaha untuk memahami ancaman-ancaman yang mungkin daripada teknologi yang sedang berkembang seperti perkakas siber, dron dan kepintaran buatan,” tambah beliau.

“Kreativiti seperti ini penting dalam kita berusaha untuk memperjuangkan pelucutan senjata supaya usaha kami relevan dengan keutamaan-keutamaan yang lain, seperti Agenda untuk Perkembangan Mampan 2030, tindakan kemanusiaan, pencegahan dan resolusi keganasan bersenjata dan perlindungan alam sekitar,” ujar Wakil Tinggi PBB untuk Hal Ehwal Pelucutan Senjata.

Tambahan juga, pakatan politik yang dipacu oleh golongan belia telah memperkasakan lagi suara golongan wanita, yang kekal mempunyai perwakilan yang amat rendah dalam proses pelucutan senjata antara kerajaan. Hanya dengan memastikan penyertaan yang penuh dan sama rata oleh wanita dalam proses pelucutan senjata dan keselamatan antarabangsa akan membolehkan kita mempraktikkan rangkaian idea dan bakat yang paling lengkap untuk menyelesaikan cabaran besar yang sedang menyelubungi dunia kita, kata Nakamitsu.

India menganggap 65 negara ahli Sidang PBB untuk Pelucutan Senjata yang berpangkalan di Geneva sebagai konduit untuk peserta dalam program kerjasama yang baharu. Mengikut perwakilan geografi, 30 negara akhirnya terpilih dan diminta mencalonkan diplomat mereka. Satu syarat utama ialah mereka perlu mempunyai pengalaman lepas dalam isu-isu pelucutan senjata.

Program ini meliputi pelbagai isu yang relevan kepada pelucutan senjata dan keselamatan antarabangsa seperti persekitaran keselamatan global, senjata kemusnahan besar-besaran, sesetengah jenis senjata konvensional, keselamatan ruang, kerjasama maritim, keselamatan alam siber, kawalan eksport, teknologi yang sedang berkembang, dsb.

Program Kerjasama ini bermatlamat untuk melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan perspektif dalam pelbagai pelucutan senjata kontemporari, anti proliferasi, kawalan senjata dan hal ehwal keselamatan antarabangsa.

Orang sumber untuk program-program ini termasuk pegawai kanan daripada Institut untuk Penyelidikan Pelucutan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDIR), Agensi Tenaga Atomik Antarabangsa (IAEA), Organisasi untuk Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Pengaturan Wassenaar (WA) atas Kawalan Eksport bagi Senjata Konvensional dan Barangan dan Teknologi Dwipenggunaan.

WA yang berpangkalan di Vienna ditubuhkan pada tahun 1995 untuk menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan benua dan antarabangsa, dengan menggalakkan ketelusan dan tanggungjawab yang lebih besar dalam pemindahan senjata konvensional dan barangan dan teknologi dwipenggunaan, sekaligus mengelakkan pengumpulan yang menyahstabil. Sasarannya ialah untuk mengelakkan pihak pengganas dalam mendapatkan item-item ini.

Mengikut pegawai-pegawai MEA, program ini juga termasuk lawatan turun padang ke Stesen Kuasa Atomik Narora di Uttar Pradesh, Depot Kontena Dalam Negeri di Tughlakabad dan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Menjelaskan latar belakang inisiatif yang unik ini, pegawai EAM berkata India telah menganjurkan sebuah persidangan bagi Resolusi 1540 Majlis Keselamatan PBB (UNSC), yang memberikan tanggungjawab kepada negara-negara ahli untuk memegang kawalan domestik untuk mengelakkan anti proliferasi nuklear dan bahan penghantaran.

“Kami telah menganjurkan pelbagai bengkel tentang pelbagai aspek kawalan eksport dan isu-isu nuklear seperti 1540 dan konvensyen senjata kimia. Tetapi inilah kali pertama India menganjurkan sebuah program payung yang meliputi semua isu yang berkaitan,” kata pegawai tersebut.

Dalam merasmikan program ini, Wakil Tinggi PBB untuk Hal Ehwal Pelucutan Senjata Nakamitsu berkata bahawa tawaran India untuk melatih pegawai dalam pelucutan senjata dan keselamatan antarabangsa adalah selaras dengan salah satu aspek utama dalam agenda pelucutan senjata: melabur dalam pendidikan pelucutan senjata, yang dianggap sebagai salah satu penyumbang untuk mendapatkan Sasaran 4 Pembangunan Mampan, yang menyeru “penggalakkan budaya keamanan dan anti keganasan”.

Tunggak keempat dalam agenda ini ialah kerjasama. Mencapai kemajuan yang bermakna dalam pelucutan senjata juga memerlukan pakatan yang berkesan dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan organisasi kawasan, dan dengan ahli-ahli sains, jurutera dan sektor swasta, dan masyarakat umum.

“Adalah dalam sambungan terakhir saya memuji India kerana melancarkan program kerjasama ini. Saya percaya tindakan seperti ini adalah selaras dengan peranan bersejarah India sebagai seorang pejuang yang lantang dalam pelucutan senjata nuklear global,” kata Wakil Tinggi PBB untuk Hal Ehwal Pelucutan Senjata.

Dalam tempoh hubungan keselamatan strategik yang kian pincang dan juga multipolariti yang kian berkembang ini, beliau menambah bahawa semua Negara yang memiliki senjata nuklear, termasuk India, mempunyai tanggungjawab khas untuk memperjuangkan dialog yang diperbaharui, untuk mencari langkah berbalas untuk mengurangkan risiko, dan untuk memacu usaha dalam mengembalikan kita ke wawasan umum yang membawa kepada penghapusan total senjata nuklear. [IDN-InDepthNews – 23 Januari 2019]

Foto: Kenderaan Pelancaran Satelit Geosegerakan ISRO (GSLV-F11) berjaya melancarkan satelit komunikasi GSAT-7A pada 19 Disember 2018. Kredit: ISRO

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top