Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

Uncertainty Haunts the Future of Non-Proliferation Treaty and Disarmament – MALAY

Ketidakpastian Menghantui Masa Depan Perjanjian dan Pelucutan Senjata Nuklear

Sudut Pandangan oleh Tariq Rauf*

HIROSHIMA (IDN) – 6 Ogos dan 9 Ogos akan menandakan ulang tahun ke-75 pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki. Tiada manusia yang mempunyai perasaan, yang telah bertemu atau melihat hibakusha (orang yang selamat), atau melawat pusat ledakan di dua bandar raya ini, atau melihat bukti-bukti fotografi terhadap kemusnahan dua bandar raya Jepun ini, boleh mengelak daripada rasa terkejut dan kengerian dengan pembinasaan yang diakibatkan oleh senjata nuklear. 

Sehingga kini, Hiroshima dan Nagasaki ialah satu-satunya ketika di mana senjata nuklear telah digunakan dalam peperangan; walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki dapat dijadikan peringatan kekal mengapa pencegahan penggunaan selanjutnya dan pengawalan senjata seumpamanya – dan mengapa pelucutan senjata nuklear yang akhirnya membawa kepada dunia bebas senjata nuklear – adalah amat penting demi kelangsungan kemanusiaan dan planet Bumi. 

Ranapnya Kawalan Senjata Nuklear

Malangnya, wawasan menghapuskan senjata nuklear dari dunia ini semakin berkurang apabila seni bina kawalan senjata nuklear yang telah dibina dengan penuh kesabaran sepanjang 50 tahun lepas, ranap di depan mata kita. Pada 2 Ogos 2019, Amerika Syarikat secara rasmi menarik diri daripada Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Lebih Dekat Dan Pertengahan (INF) – dibayangi dalam bulan Julai 2019 oleh Persekutuan Rusia menggantung pematuhannya terhadap perjanjian. Di bawah Perjanjian INF, menjelang bulan Mei 1991, 2,692 misil balistik dan berpandu berjarak di antara 500 dan 5,500 kilometer telah dimusnahkan, 1,846 oleh USSR dan 846 oleh Amerika Syarikat di bawah penentusahan bersama – dan hampir 5,000 peluru senjata nuklear telah dikeluarkan daripada perkhidmatan aktif. 

Ini meninggalkan hanya satu perjanjian pengurangan senjata nuklear yang berkuat kuasa di antara Moscow dan Washington—Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik Baharu (New START)—yang telah ditandatangani pada 8 April 2010, dikuatkuasakan pada 5 Februari 2011. Sehingga 4 Februari 2018, kedua-dua Rusia dan Amerika Syarikat telah disahkan sebagai memenuhi had pusat 1,550 senjata nuklear strategik yang telah diatur kedudukannya dan diambil kira, dan 700 pelancar aturan kedudukan ( misil balistik antara benua berpangkalan darat dan laut dan pengebom jarah jauh). Malah, pada 1 Julai 2019, di bawah New START, Rusia mempunyai 524 pelancar aturan kedudukan membawa 1,461 peluru senjata nuklear, dan Amerika Syarikat mempunyai 656 peluru di atas 1,365 pelancar.   

New START akan luput pada 5 Februari 2021, melainkan dilanjutkan oleh Presiden Putin dan Trump. Sekiranya New START tidak dilanjutkan, ia akan meninggalkan Moscow dan Washington tanpa apa-apa perjanjian pengawalan senjata nuklear dwihala buat pertama kali semenjak setengah abad dan berkemungkinan membawa kepada perlumbaan senjata nuklear baharu yang berbahaya. 

Buat pertama kali dalam sejarah pengawalan senjata nuklear Soviet/Rusia-Amerika Syarikat, bukan sahaja perjanjian sedia ada dimansuhkan malah kedua-dua pihak telah tidak meletakkan sukatan baharu selama hampir dua dekad sekarang; dan kedua-dua pihak memodenkan gudang senjata nuklear dan telah menurunkan ambang penggunaan senjata nuklear dalam dasar pengakuan dan operasi mereka.  

Selanjutnya, Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBT) telah tidak dikuatkuasakan 24 tahun selepas ia dibuka untuk ditandatangani dalam tahun 1996. Perjanjian Larangan Senjata Nuklear (TPNW) 2017 telah secara tidak diperlukan ditolak oleh 38 Negara yang meneruskan untuk bergantung pada pencegahan senjata nuklear dan mereka dengan kuat sekali menolak usaha majoriti besar Negara Ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk melaksanakan langkah-langkah berkesan untuk pelucutan senjata nuklear. 

Perundingan perjanjian global ke atas pengharaman pengeluaran sah bahan boleh belah untuk senjata nuklear dan ruang bukan persenjataan masih belum bermula, dan banyak komitmen pelucutan senjata nuklear tetap tidak dipenuhi sementara pada masa yang sama bahaya nuklear semakin meningkat. 

Seni bina dan asas pengawalan senjata nuklear dwihala dan berbilang hala telah terhakis oleh peristiwa yang baru disebutkan, oleh penarikan diri Amerika Syarikat dalam 2002 daripada Perjanjian Misil Antibalistik (ABM), dan kegagalan lima negara senjata nuklear—China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat—untuk memenuhi komitmen pengurangan senjata nuklear sebagaimana yang dipersetujui dalam rangka kerja persidangan kajian semula NPT tahun 1995/2000/2010. 

Kita juga boleh maklum bahawa Pelan Tindakan Menyeluruh Bersama EU/E3+3-Iran (JCPOA) telah ditinggalkan oleh Amerika Syarikat membawa kepada Iran keluar daripada kekangan pengayaan uranium, dengan itu menyahstabilkan situasi keselamatan di rantau Timur Tengah dan meningkatkan kemungkinan sebuah lagi peperangan. 

Doktrin sesetengah Negara bersenjata nuklear kini menganjurkan penggunaan pertama atau awal senjata nuklear. Panduan senjata nuklear baharu Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Operasi Nuklear (11 Jun 2019) secara jelas menganjurkan bahawa “menggunakan senjata nuklear boleh mewujudkan keadaan untuk keputusan muktamad pemulihan kestabilan strategik”. Bagi pihak tentera Rusia pula, doktrinnya mewawasankan “peningkatan untuk menghapuskan peningkatan” dalam membalas kuasa konvensional NATO yang superior, iaitu penggunaan senjata nuklear yang awal tetapi terhad. Di Asia Selatan, kedua-dua India dan Pakistan juga mempertimbangkan penggunaan senjata nuklear dalam konflik serantau. 

Ia amat membimbangkan bahawa apabila penggunaan nuklear dibincangkan, perbendaharaan kata yang digunakan sering kali ditapis untuk kemudahan sendiri. Pembinasaan oleh peperangan termonuklear dan bahana kemanusiaan dan alam sekitar yang diakibatkannya tidak diheboh-hebohkan dan digantikan dengan konsep antiseptik pencegahan nuklear.

Realiti mengerikan adalah lebih daripada 14,000 peluru senjata nuklear daripada sembilan Negara bersenjata nuklear diaturkan kedudukan di lebih 100 lokasi di 14 Negara, bahaya senjata nuklear semakin meningkat, dan terdapat simpanan hampir 1,400 tan (atau 1,400,000 kg) uranium bergred senjata dan 500 tan (atau 500,000 kg) plutonium yang boleh digunakan untuk senjata, cukup untuk lebih daripada 130,000 peluru senjata nuklear. Haruslah diingat, peluru senjata nuklear cuma memerlukan 25 kg atau kurang uranium yang amat diperkaya dan 8 kg atau kurang plutonium untuk satu peluru senjata nuklear.   

Tidak memeranjatkan, ia menjadi pandangan ramai personaliti erstwhile seperti William Perry, bekas setiausaha pertahanan Amerika Syarikat, antara lain, bahawa dalam dunia bahaya penggunaan senjata nuklear yang tidak dirancang, tidak sengaja malah sengaja sekalipun adalah lebih tinggi daripada semasa kemuncak Perang Dingin. Pemahaman Gorbachev-Reagan dalam bulan Disember 1987 bahawa “perang nuklear tidak dapat dimenangi, dan mestilah tidak sekali-kali dilawan” tidak lagi menjadi barisan depan dalam minda pemimpin dan perancang perang nuklear hari ini. Tahun ini, Buletin Saintis Atom menetapkan jam (yang meletakkan dalam konteks betapa hampirnya kita dengan malapetaka nuklear) pada 100 saat ke tengah malam; lebih hampir kepada malapetaka daripada mana-mana tahun semasa Perang Dingin. 

Elok juga kita bertanya mengapa kita mendapati diri kita dalam kesusahan yang seteruk itu, terutamanya memandangkan banyak desas-desus mengenai dividen keamanan dan aturan dunia baharu pada permulaan 1990-an apabila Perang Dingin tamat dan terdapat potensi pengurangan senjata nuklear dalam keselamatan antarabangsa, Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) telah dilanjutkan untuk tempoh masa yang tidak pasti dalam tahun 1995, CTBT dilengkapkan dalam tahun 1996, lima Negara bersenjata nuklear telah bersetuju ke atas “pelaksanaan sebulat suara” terhadap pelucutan senjata nuklear dan pelan tindakan sebagaimana yang dipersetujui di Persidangan Kajian Semula NPT masing-masing dalam tahun 2000 dan 2010?  

Alasan utama ialah Negara-negara bersenjata nuklear NPT masih tidak memenuhi komitmen pelucutan senjata nuklear mereka seperti yang dipersetujui di bawah rangka kerja Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan persidangan kajian semula tahun 1995/2000/2010—meskipun, dakwaan kedua-dua Rusia dan Amerika bahawa mereka telah mengurangkan gudang senjata nuklear mereka sebanyak kira-kira 80% semasa kemuncak Perang Dingin mereka—tetapi kedua-dua negara sibuk memodenkan gudang senjata nuklear mereka dan menurunkan ambang perang nuklear dan mempunyai lebih daripada 1,000 peluru senjata nuklear pada status operasi siap sedia untuk dilancarkan.  

Mewujudkan Persekitaran [untuk Pelucutan Senjata Nuklear / tidak Sama Sekali Melucutkan]?

NPT akan menandakan ulang tahunnya yang ke-50 dalam tahun 2020 dan loceng penggera sudahpun berbunyi, memberi amaran tentang kegagalan yang pasti dalam persidangan penelitian NPT yang penting tahun ini. Kembali ke pelucutan senjata nuklear dalam konteks NPT, medan kini sesak dengan beberapa pendekatan yang bersaing: Negara-negara NPT dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) lebih menggemari “pelan tindakan” tiga fasa yang terikat dengan masa, berlawanan pula, Negara-negara Barat mempertahankan pendekatan “langkah demi langkah” yang telah diubah suai sedikit oleh kumpulan perentas dipanggil Inisiatif Pengawalan dan Pelucutan (NPDI) yang menggesa “blok binaan”; sementara satu lagi kumpulan seumpamanya, Perikatan Agenda Baharu (NAC) menyokong pendekatan “membawa ke depan pelucutan senjata nuklear”; Sweden telah mencadangkan “batu loncatan”; dan Amerika Syarikat telah mengusulkan konsep “mewujudkan persekitaran untuk pelucutan senjata nuklear” (CEND).     

Pendekatan-pendekatan berbeza ini bertembung pada sesi tahun 2018-2019 Jawatankuasa Persediaan dan pandangan yang bersaing ini akan dimanifestasikan dalam Persidangan Kajian Semula NPT 2020—yang akan menandakan ulang tahun ke-50 NPT.  

Pelangi, Kupu-kupu dan Unikorn

Amerika Syarikat telah mengadakan dua mesyuarat CEND dan yang ketiga telah dirancangkan pada awal bulan April. Ramai diplomat yang menghadiri melakukannya kerana mereka tidak dapat “menolak” undangan Amerika Syarikat, yang lain walaupun ragu-ragu, tidak mahu ketinggalan, dan sesetengahnya merupakan angkatan setia yang mabuk dengan janji CEND sebagai “Utusan Tuhan” untuk menyelamatkan NPT.

Penilaian dalam sedar tentang pendekatan CEND mencadangkan bahawa inisiatif ini disusun atur untuk mengalihkan tumpuan dan tanggungjawab untuk “persekitaran” dan “keadaan” untuk pelucutan senjata nuklear dari Negara-negara bersenjata nuklear dan tidak bersenjata nuklear. Malah, pendekatan CEND sebagaimana yang dirumuskan pada ketika ini menyediakan sebab “mewujudkan keadaan untuk tidak sama sekali melucutkan”, kerana ia tidak menganggap pelaksanaan komitmen pelucutan senjata nuklear telah sedia tertulis mahupun doktrin operasi penggunaan awal (dapatan rendah) senjata nuklear. 

Pendekatan CEND menyebutkan bahawa persekitaran semasa tidak kondusif kepada pelucutan senjata nuklear. Pandangan seumpamanya mencerminkan amnesia, kerana banyak perjanjian kawalan dan pelucutan senjata nuklear berbilang hala atau dwihala yang penting telah diputuskan semasa kemuncak ketidakpercayaan Perang Dingin — termasuk NPT! 

Oleh itu, agak wajar untuk mencirikan pendekatan CEND sebagai berasaskan “bermimpi bahawa pelangi, kupu-kupu dan unikorn akan muncul secara ajaib dan menaburkan debu pari-pari, membawa kepada fantasi baharu kawalan senjata nuklear”.

Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat baru-baru ini mencirikan penyokong pelucutan senjata nuklear dalam rangka kerja NPT sebagai “lampu malap”, dengan kata lain sebagai kebodohan yang tidak bertebing dan sikap mereka sebagai “adunan kebodohan dan ketidakwarasan”. Tidak pernah tahap wacana ini tenggelam begitu dalam, atau kata-kata kesat dilempar begitu terang-terangan. Sekiranya pegawai kanan secara jelas menjadi hilang pegangan dan tahap wacana tenggelam dalam longkang; ini nyata sekali tidak boleh menjadi petanda baik untuk membina medan bersama di antara negara-negara bersenjata nuklear dan tidak bersenjata nuklear di persidangan kajian semula NPT, dua bulan dari sekarang.

Meletakkan keyakinan seseorang dalam pendekatan CEND yang ibarat “pelangi, kupu-kupu dan unikorn” bukanlah cara maju ke depan untuk menyelamatkan dunia daripada bahaya pembinasaan senjata nuklear! Melaksanakan kewajipan pelucutan senjata nuklear dalam rangka kerja NPT ialah satu-satunya cara ke depan ke arah penyelamatn. 

NPT pada usia 50 tahun: dari New York 2020 hingga Vienna 2021 

Penyakit virus korona (COVID-19) sedang hampir-hampir mentransmutasi menjadi pandemik. Sesetengah pegawai kawalan senjata nampaknya mungkin hampir-hampir hilang ketengang mereka? Dengan itu, mungkin kita patut mempertimbangkan dengan serius bahawa persidangan kajian semula NPT tahun ini pada ulang tahunnya yang ke-50, buat masa ini dijadualkan diadakan di New York dari 27 April hingga 22 Mei, ditangguhkan sehingga tahun depan (2021) dan bersidang di Vienna (Austria)-bandar raya bersejarah untuk persidangan global. Melakukan itu seharusnya dapat menyediakan bukan sahaja tempat selamat bertamadun tetapi juga fikiran yang lebih tenang dan semoga persekitaran yang kurang diselaputi dengan minda ketenteraan untuk membincangkan perkara-perkara pelucutan senjata nuklear.  

Dunia tanpa senjata nuklear akan tetap menjadi matlamat yang sukar dicapai dan kita perlu mendengar gesaan Pope Francis apabila semasa lawatan beliau ke bandar raya ini dengan jelas menyuarakan permintaan beliau supaya kuasa-kuasa dunia melupakan gudang senjata nuklear mereka. Beliau mengisytiharkan bahawa kedua-dua penggunaan dan pemilikan bom atom ialah jenayah “tidak bermoral” dan pembaziran berbahaya. 

Ayuh kita ingat kembali luahan kesal Pope Francis di Hiroshima (November lepas): “Bagaimanakah kita boleh bercakap tentang keamanan sedangkan kita membina senjata perang baharu? Bagaimanakah kita boleh mencadangkan keamanan sekiranya kita asyik mencetuskan ancaman perang nuklear sebagai alasan sah untuk penyelesaian konflik? Semoga kesengsaraan daripada kesakitan yang dirasai di sini mengingatkan kita tentang sempadan yang jangan sekali-kali harus diseberangi”. 

* Tariq Rauf ialah bekas Ketua Dasar Pengesahan dan Keselamatan Senjata Nuklear di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna, dan bekas Ketua Alternatif Delegasi IAEA ke perjanjian pengawalan senjata nuklear (NPT). [IDN-InDepthNews – 27 Februari 2020]

Foto ihsan UNITAR Pejabat Hiroshima.

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top