Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

Youth Campaign for a Nuke-Free World at Nagasaki Conference – Malay

Kempen Belia Untuk Dunia Bebas Nuklear di Persidangan Nagasaki

Oleh Katsuhiro Asagiri

NAGASAKI (IDN) – Sebuah Forum Komunikator Belia, yang dilancarkan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negara Jepun Fumio Kishida in 2013, telah menggesa orang ramai di seluruh dunia untuk menyedari bahawa senjata nuklear bukan sahaja memakan sejumlah wang yang besar tetapi juga menimbulkan ancaman yang serius terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa, persekitaran global, dan juga ikhtiar hidup manusia sejagat.

Para Komunikator Belia telah bersidang di bandaraya Nagasaki di Jepun, yang telah mengalami pengeboman atam bersama dengan Hiroshima tujuh puluh satu tahun dahulu. Mereka telah berikrar untuk mengkomunikasikan keperluan drastik untuk merealisasikan sebuah dunia yang bebas senjata nuklear, dan telah mencadangkan beberapa langkah untuk mencapai objektif ini.

“Kami yakin bahawa manusia tidak boleh wujud bersama dengan senjata nuklear kerana ia mengancam orang ramai, bandaraya dan persekitaran. ‘Hibakusha’, yang telah berjaya melepaskan diri daripada bom-bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki tetapi telah merana secara fizikal melalui kesan-kesan sampingan daripada radiasi dan secara mental melalui diskriminasi, harus dijadikan amaran kepada seluruh dunia mengenai bahaya memiliki senjata nuklear,” kata Komunikator Belia dalam pernyataan mereka.

Pernyataan tersebut juga menambah: “Jepun, sebagai satu-satunya negara yang diserang oleh bom-bom nuklear, harus menolak ‘payung nuklear’, memberikan amaran sekeras-kerasnya kepada komuniti antarabangsa mengenai kesan dan kekejaman senjata nuklear, dan menyumbang secara proaktif kepada perundingan ke arah perjanjian yang sah di sisi undang-undang untuk melarang penggunaan senjata nuklear.”

Mesyuarat ini berlangsung ketika persidangan antarabangsa yang termasuk dua acara: sebuah Forum Komunikator Belia untuk Dunia Tanpa Nuklear pada 11 Disember dan Persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Isu-Isu Penyahsenjataan dari 12 ke 14 Disember.

“Kami mengiktiraf bahawa isu-isu senjata nuklear berada di kemuncaknya. Tahun ini, Menteri-Menteri Luar G7 telah bersidang di Hiroshima, dan Presiden Obama dari Amerika Syarikat telah melawat Taman Peringatan Keamanan Hiroshima, di mana beliau telah memberikan ucapan yang cukup bersejarah. Tahun hadapan, perundingan untuk perjanjian yang melarang penggunaan senjata nuklear yang sah di sisi undang-undang akan bermula, berikutan penguatkuasaan resolusi di Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu,” tambah pernyataan tersebut.

Menteri Hal Ehwal Luar Negara Jepun Kishida telah melancarkan Forum tersebut dengan matlamat untuk menyedarkan realiti pengeboman atom kepada generasi-generasi masa depan di ketika mangsa-mangsa yang terselamat daripada Bom A (Hibakusha) semakin tua. Sejak pelancarannya, 174 belia telah berkhidmat sebagai Komunikator Belia. Pada bulan Mac 2016, Jepun telah mengadakan forum Belia Pertama di Hiroshima di mana Komunikator Belia telah berkongsi pengalaman mereka dan saling berkongsi idea.

Persidangan PBB untuk Isu-Isu Penyahsenjataan (UNCDI) telah diadakan hampir setiap tahun sejak 1989 di pelbagai bandaraya di Jepun, dengan pegawai-pegawai kerajaan dan pakar dari seluruh dunia berbincang cara untuk merealisasikan dunia yang bebas daripada senjata nuklear. UNCDI dianjurkan bersama oleh Pusat Kawasan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Keamanan dan Penyahsenjataan di Asia dan Pasifik (UNRCPD) dan juga Kerajaan Jepun.

Di UNCDI ke-25, yang diadakan di Hiroshima pada bulan Ogos 2015, para peserta memfokuskan ke arah pengambilan stok untuk Persidangan Penilaian NPT 2015, akibat kemanusiaan senjata-senjata nuklear, Zon-Zon Bebas Senjata Nuklear, dan peranan masyarakat sivil. Persidangan ini telah menyumbang ke arah menggalakkan momentum global untuk merealisasikan sebuah dunia yang bebas daripada senjata nuklear.

“Isu perjanjian pengharaman nuklear telah dibincangkan di setiap sesi rehat, lalu menunjukkan kesukaran dalam menguruskan isu ini di kalangan masyarakat antarabangsa. Persidangan ini telah memberikan peluang yang baik kepada kami untuk menubuhkan jawatankuasa penyediaan NPT yang akan diadakan tahun hadapan,” kata Kazutoshi Aikawa, Pengarah Jeneral Jabatan Penyahsenjataan, Non-Proliferasi dan Sains, Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Jepun, dalam menutup persidangan antarabangsa di Nagasaki.

Terlebih dahulu, dalam ucapan alu-aluan, Kim Won-soo, Wakil Kanan PBB untuk Hal Ehwal Penyahsenjataan berkata: “Tahun ini . . . merupakan ulangn tahun ketujuh belas resolusi Perhimpunan Agung yang pertama. Seperti yang anda ketahui, ia telah menggesa penghapusan segala senjata pemusnahan besar-besaran, termasuk senjata nuklear – senjata yang menimbulkan ancaman kepada kewujudan manusia sejagat. Tujuh puluh tahun kemudian kami masih belum lagi mencapai matlamat tersebut. Lebih teruk lagi, usaha kami untuk menghapuskan senjata nuklear telah gagal.”

Forum Belia tersebut telah menggesa semua negara untuk “memberi jaminan semula secara sepenuhnya” komitmen mereka ke arah nonproliferasi nuklear dan penyahsenjataan, terutamanya janji-janji yang diperincikan dalam Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT), dan “memperkuatkan rangka kerja perundangan antarabangsa untuk mempercepatkan penyahsenjataan nuklear, termasuk mempertingkatkan penguatkuasaan NPT dan merundingkan sebuah perjanjian yang sah di sisi undang-undang untuk melarang senjata nuklear”.

Semua negara yang memiliki senjata nuklear, kata pernyataan tersebut, harus “mempertimbangkan semula keperluan untuk memiliki senjata nuklear daripada perspektif keselamatan, politik dan ekonomi, dan untuk mencari langkah lain untuk mengekalkan keselamatan negara dan prestij antarabangsa”, dan mengambil “tindakan yang konkrit untuk mengurangkan bilangan senjata nuklear mereka, justeru itu memenuhi tanggungjawab mereka di bawah NPT”.

Pernyataan tersebut juga menggesa negara-negara nuklear yang tidak terlibat dalam NPT untuk menyertai perjanjian tersebut, dan sekurang-kurangnya satu negara dengan senjata nuklear untuk menjadi teladan dengan menggugurkan program nuklear mereka dan dengan menyertai usaha-usaha untuk merealisasikan sebuah dunia bebas nuklear.

“Berhenti menaik taraf senjata nuklear, kerana ia tidak akan menstabilkan persekitaran keselamatan global,” kata perjanjian tersebut, menambah: “Batalkan status amaran pelancaran bagi semua senjata, kerana ia menimbulkan risiko yang tidak perlu kepada kewujudan sejagat, dan akan mengelakkan pelancaran yang tidak disengajakan.”

Negara-negara senjata nuklear harus “menjamin keselamatan senjata nuklear untuk mengurangkan kemalangan nuklear dengan menghantar kakitangan yang berpengalaman untuk memantaunya dan memastikan bahawa bahan-bahan yang boleh digunakan oleh senjata dielakkan daripada didapati oleh mereka yang ingin mendapatkannya, seperti pengganas”, tambah pernyataan tersebut.

Negara-negara tanpa senjata nuklear, termasuk negara-negara di bawah “payung nuklear” harus meneruskan komitmen mereka untuk kekal sebagai negara tanpa senjata nuklear, dan mengambil langkah untuk memimpin ke arah dunia yang bebas daripada senjata nuklear.

Negara-negara di bawah “payung nuklear” terutamanya harus menolak dasar-dasar mereka, dengan mengambil kira risiko, keberkesanan dan kredibiliti, dan berusaha untuk membina skema keselamatan yang tidak bergantung kepada senjata nuklear, termasuk mengasaskan sebuah zon bebas senjata nuklear.

Forum tersebut menyeru peningkatan usaha-usaha bersatu untuk mencapai sebuah dunia yang bebas daripada senjata-senjata nuklear, terutamanya dengan memberi tekanan kepada negara-negara bersenjata nuklear untuk mempercepatkan usaha-usaha penyahsenjataan nuklear mereka dan menyolong perjanjian untuk melarang senjata nuklear, dan meluaskan usaha-usaha yang melibatkan komuniti antarabangsa secara keseluruhannya, termasuk negara-negara bersenjata nuklear.

Mengulas mengenai hasil perbincangan daripada Forum Komunikator tersebut, Hiroyasu Tagawa (83) yang kehilangan ibu bapanya daripada serangan bom atom di Nagasaki, berkata: “Masa yang saya boleh luangkan untuk berkongsi pengalaman saya sebagai seorang Hibakusha semakin terhad. Saya amat terharu dengan usaha belia kami sekarang ini. Saya mempunyai harapan yang besar atas aktiviti mereka.”

Umur purata mangsa yang terselamat daripada serangan bom atom kini lebih daripada 80. Memandangkan itu, Datuk Bandar Nagasaki Tomihisa Taue berkata bahawa amatlah penting untuk mencari langkah-langkah baharu untuk mempromosikan pesanan anti-nuklear tanpa perlu bergantung kepada mereka yang terselamat daripada bom atom yang digugurkan.

Golongan Hibakusha telah melancarkan tuntutan global untuk perjanjian yang mengharamkan nuklear, dan berhujah bahawa: “Supaya generasi akan datang tidak perlu mengalami azab api neraka di atas muka bumi mereka, kami ingin merealisasikan sebuah dunia yang bebas daripada senjata nuklear sementara kami masih hidup.” Mereka telah melancarkan kempen tandatangan untuk meminta perjanjian antarabangsa untuk mengharamkan dan menghapuskan senjata nuklear, dengan harapan supaya tiada sesiapa yang perlu merana seperti mereka.

Mereka berancang untuk mengumpul tandatangan sehingga sebuah perjanjian pengharaman nuklear direalisasikan. Pengumpulan pertama sebanyak 564,240 tandatangan yang dikumpul pada bulan Ogos dan September 2016 telah dihantar kepada pengerusi jawatankuasa penyahsenjataan Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Layari: https://www.change.org/p/join-the-hibakusha-appeal-for-a-nuclear-ban-treaty) [IDN-InDepthNews – 24 Disember 2016]

Artikel berkaitan: ‘Generasi Perubahan’ Menggesa Penghapusan Nuklear

Foto: UNRCPD

IDN merupakan tanda nama utama International Press Syndicate.

 

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top