Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

Australia’s No to Prohibit-Nukes Resolution Triggers Debate – Malay

Jawapan Tidak Australia Kepada Resolusi Pengharaman Nuklear Mencetuskan Perdebatan

Oleh Neena Bhandari

SYDNEY (IDN) – Sambil tahun 2016 melabuhkan tirainya, tahun yang mengingatkan kita tentang bencana nuklear untuk tahun ke-5 buat Fukushima dan ke-30 buat Chernobyl, peringatan suram tentang natijah kemanusiaan dan alam sekitar yang membawa kebinasaan senjata pemusnahan besar-besaran ini, usaha penyelesaian untuk membebaskan dunia ini daripada senjata nuklear menjadi lebih kuat daripada yang pernah ada sebelum ini.

Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu A/C.1/71/L.41, yang menggesa perundingan atas “instrumen yang terikat kepada undang-undang untuk mengharamkan senjata nuklear, membawa kepada penghapusan sepenuhnya”, telah diguna pakai pada sesi ke-71 Jawantankuasa Pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 27 Oktober 2016 dengan 123 ahli, termasuk Korea Utara, mengundi untuk menyokong perundingan perlucutan senjata nuklear berbilang pihak dibawa ke depan, 38 mengundi dalam bangkangan dan 16 tidak mengundi.

Australia, yang sebelum ini memperjuangkan perlucutan senjata nuklear, telah memilih untuk membangkang Resolusi sekalipun 26 jiran terdekat negara benua ini di rantau Asia Pasifik mengundi dalam sokongan bersama-sama negara-negara Afrika, Amerika Latin dan Caribbean.

Pengarah Kempen Australia untuk Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN), Tim Wright berkata, “Sekiranya Australia meneruskan untuk membangkang perjanjian yang telah lama sepatutnya dimeterai, ia meletakkan risiko pemulauan oleh negara lain di rantau ini. Adalah sesuatu yang amat dikesalkan bahawa Australia, yang sepatutnya mempertahankan apa yang secara moralnya betul dan diperlukan, memilih untuk menyebelahi sebilangan kecil negara bersenjata nuklear dan negara lain yang mengatakan senjata nuklear adalah sahih.”

Beliau menambah: “Usaha Australia untuk memesongkan kumpulan kerja perlucutan senjata nuklear PBB adalah satu langkah yang luar biasa, dan sesuatu yang akan memakan diri sendiri nanti. Ia telah membawa kepada cadangan yang jelas dan memperkukuhkan usaha penyelesaian negara-negara lain untuk memulakan perundingan dalam tahun 2017 terhadap perjanjian mengharamkan senjata nuklear.”

Resolusi tersebut diasaskan daripada tiga persidangan antara kerajaan, mengkaji impak kemanusiaan senjata nuklear, yang telah diadakan di Norway, Mexico dan Austria dalam 2013 dan 2014. Persidangan ini membuka jalan untuk negara-negara tanpa nuklear untuk memainkan peranan yang lebih mendesak dalam perlucutan senjata.

Mendesak Australia untuk menamatkan kononnya pergantungannya kepada senjata nuklear A.S., Wright memberitahu IDN, “Dasar pencegahan nuklear lanjutan yang berbahaya ini menjejaskan perlucutan senjata dan menggalakkan percambahan. Ia menyampaikan mesej kepada negara-negara lain bahawa senjata pemusnahan besar-besaran ini adalah sahih, diperlukan dan berguna. Tiada sebarang bentuk alasan sama sekali yang boleh diterims untuk dasar ini. Tiada negara lain di rantau terdekat kami yang mendakwa mendapat perlindungan daripada senjata nuklear.”

Negara-negara bersenjata nuklear dan negara-negara yang melanggani pencegahan nuklear lanjutan untuk keselamatan Amerika Syarikat, seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan, telah membangkang Resolusi.

Sesuatu yang menarik untuk diambil perhatian bahawa New Zealand menyokong Resolusi, yang konsisten dengan keputusannya selama tiga dekad sejarah sosial dan undang-undang terhadap isu senjata nuklear. Wright berkata, “Australia, yang satu masa dahulu adalah penyokong perlucutan senjata nuklear, telah menyingkirkan sepenuhnya prinsip dalam isu ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menyambar setiap peluang untuk mempertahankan pemilikan berterusan dan kemungkinan penggunaan senjata pemusnahan besar-besaran yang paling teruk ini.”

New Zealand, Indonesia, Malaysia dan Thailand ialah antara negara di rantau ini yang berkemungkinan besar memainkan peranan utama dalam merundingkan persidangan yang dijadualkan pada bulan Mac dan Jun 2017 di New York.

Bekas Pengerusi Ahli Parlimen Untuk Perlucutan dan Tiada Penambahan Senjata Nuklear (PNND), Maryan Street memberitahu IDN, “Amat mengejutkan bahawa Australia membangkang Resolusi L41. Tiada penjelasan yang rasional untuknya kecuali untuk menyatakan yang jelas dan itu ialah persekutuan mereka dengan Amerika Syarikat mengatasi segala pertimbangan lain. Australia selama ini tidak pernah berkedudukan di hadapan dalam pergerakan antinuklear dan ia sepatutnya tidak memeranjatkan bahawa ia mengundi dengan cara begitu. Dengan kerajaan Liberal yang konservatif, jelas sekali tiada semangat atau keberanian terhadap isu ini.”

Daripada 24 negara Asia Pasifik, yang mengundi atas isu ini, hanya empat negara yang mengundi untuk membangkang, iaitu Australia, Jepun, Persekutuan Negeri-negeri Micronesia dan Korea Selatan, dan empat negara lain – China, India, Pakistan dan Vanuatu tidak mengundi.

“Untuk melangkah dengan sumbang berbanding jiran terdekat tentang isu yang begitu strategik dan kepentingannya yang berkemungkinan boleh menghancurkan adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Australia perlu untuk memikul berat yang ditanggungnya untuk berhubung dengan forum Asia Pasifik, sebagai contoh perbincangan keselamatan serantau, bukan menjejaskan perhubungan dengan mereka,” ujar Street.

Australia telah menyokong pengharaman sejagat ke atas senjata kimia dan biologi, jerangkap samar dan senjata gugusan. “Australia komited kepada penghapusan senjata nuklear yang dijalankan dengan cara berkesan. Walau bagaimanapun, selagi ancaman serangan nuklear wujud, pencegahan nuklear lanjutan Amerika Syarikat mengundang kepentingan keselamatan Australia”, jurucakap bagi Jabatan Hal Ehwal dan Perdagangan Luar Australia (DFAT) memberitahu IDN.

Menurut bancian tahunan 2016 yang dikelolakan oleh Institut untuk Dasar Antarabangsa Lowy yang berpangkalan di Sydney, sokongan untuk sekutu A.S. telah menurun sebanyak sembilan mata: 71 peratus rakyat Australia melihat sekutu tersebut sebagai ‘amat’ atau ‘agak’ penting terhadap keselamatan Australia, tahap sokongan terendah semenjak tahun 2007, tetapi masih lagi lapan mata lebih tinggi daripada keputusan untuk tahun itu.

Australia merasakan usahanya mestilah dihalakan kepada pengukuhan Perjanjian Tiada Penambahan Nuklear (NPT), yang merupakan asas rejim perlucutan dan tiada penambahan senjata global, dan melaksanakan komitmennya, sebagai contoh sebagai yang dipersetujui dalam rancangan tindakan Persidangan Kajian Semula NPT 2010.

“Perjanjian mengharamkan senjata nuklear tanpa penyertaan daripada negara-negara yang memiliki simpanan senjata nuklear. atau tanpa mengendahkan persekitaran keselamatan antarabangsa, tidak akan berkesan dalam penghapusan senjata nuklear”, tambah jurucakap DFAT itu lagi.

Sementara NPT kekal sebagai penting untuk mencegah penularan senjata nuklear dan sebagai asas perundingan perlucutan senjata, Wright berkata, “Perjanjian yang mengharamkan senjata nuklear ialah satu langkah yang direka bentuk untuk melaksanakan Artikel VI NPT. Perjanjian pengharaman akan menutup segala lubang dalam rejim antarabangsa sedia ada yang mentadbir senjata nuklear. Ia akan menjadikannya jelas tanpa sebarang keraguan bahawa ia adalah salah di sisi undang-undang untuk menggunakan, menguji, mengeluarkan atau menimbun simpanan senjata nuklear.”

Wright menambah: “Ia sesuatu yang amat membimbangkan bahawa Australia dan beberapa negara yang menyokong senjata nuklear kelihatan telah menyingkirkan sokongan mereka untuk NPT. Mereka tidak mahu untuk mematuhi kewajipan mereka di bawah Artikel VI perjanjian untuk menjalankan perundingan perlucutan senjata nuklear.”

Kesemua 191 pihak negeri NPT telah beriltizam dalam Artikel 6 untuk “mengusahakan perundingan secara jujur terhadap langkah-langkah berkesan berkaitan menghentikan perlumbaan senjata nuklear pada tarikh awal dan untuk perlucutan senjata nuklear”.

“Dalam tahun 1996 Mahkamah Keadilan Antarabangsa menasihatkan bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk membawa perundingan ini penutupnya. Resolusi L.41 mematuhi kewajipan ini dan cuba untuk memberi ekspresi yang praktikal ke atasnya,” kata Ramesh Thakur, Pengarah Pusat untuk Perlucutan dan Tiada Penambahan Senjata Nuklear, Sekolah Dasar Awam Crawford di Universiti Kebangsaan Australia di Canberra.

Empat daripada lima negara bersenjata nuklear yang merupakan penandatangan NPT, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, mengundi untuk membangkang Resolusi bersama-sama Israel, sebuah kuasa nuklear bukan NPT. China, yang mempunyai kira-kira peluru berpandu nuklear, India dengan di antara 100-120 peluru berpandu dan Pakistan dengan di antara 110-130 peluru berpandu, tidak mengundi.

Thakur berkata, “Perjanjian pengharaman nuklear yang mengikut undang-undang secara bersendirian tidak mampu untuk melaksanakan perlucutan senjata, tetapi ia mampu menjadi unsur penting untuk menghidupkan semula momentum yang telah menjadi lemah dan memberi semula tenaga kepada usaha untuk bergerak daripada pengharaman kepada penghapusan seluruhnya peluru berpandu nuklear dan memansuhkan infrastruktur senjata nuklear.”

Semenjak pengukuhsahan NPT pada tahun 1973, Australia telah lebih kurang mempunyai pendekatan dwipartisan terhadap isu global. Seperti yang dikatakan oleh Senator Parti Buruh dan Menteri Luar Bayangan, Penny Wong dalam sidang akhbar, “Parti Buruh menyokong tindakan yang berkesan dan mampu dilakukan ke arah perlucutan dan tiada penambahan senjata, dan akan meneruskan untuk mengejar secara aktif laluan ke arah objektif ini. Parti Buruh berkongsi kekecewaan antarabangsa tentang betapa lembabnya perjalanan proses perlucutan dan kami kekal komited dengan tujuan penghapusan senjata nuklear.”

Parti Australian Greens juga telah menggesa Menteri Luar, Julie Bishop untuk menerangkan mengapa Australia mengundi untuk membangkang Resolusi.

“Australia seharusnya menyokong usul dalam UNGA untuk sebuah persepakatan demi menghapuskan senjata nuklear. Australia hendaklah mengubah dasar luarnya untuk mencerminkan keadaan yang telah berubah dan hendaklah secara bebas mengejar kepentingan Australia sebelum En. Donald Trump mengambil alih jawatan Presiden dalam bulan Januari tahun depan. Ini termasuklah mematuhi klausa tidak agresi piagam PBB dan Hubungan Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara”, bekas diplomat Australia, Dr Alison Broinowski memberitahu IDN. [IDN-InDepthNews – 23 November 2016]

Foto: Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung PBB dalam sesi. Kredit: ICAN | 28 Oktober 2016.

IDN ialah cabang utama International Press Syndicate.

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top