Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

Australia’s ‘Quit Nukes’ Campaign Targets Superannuation Funds – MALAY

Kempen ‘Quit Nukes’ Australia Menyasarkan Dana Superanuasi

Oleh Neena Bhandari

SYDNEY (IDN) – Sebuah kempen baharu yang menggalakkan warga Australia untuk menggesa dana superanuasi mereka untuk mengeluarkan penghasil senjata nuklear daripada pelaburan mereka, sejajar dengan Perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas Larangan Senjata Nuklear (TPNW), yang telah diratifikasi oleh 33 buah negara dan memerlukan 17 lagi ratifikasi untuk membolehkan ia dikuatkuasakan di bawah undang-undang antarabangsa – 90 hari selepas instrumen ratifikasi yang kelima puluh.

Sebuah inisiatif bersama daripada Persatuan Perubatan Untuk Penghindaran Perang (MAPW) dan Kempen Antarabangsa Untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN), kempen Quit Nukes merupakan sebuah projek Australia yang bekerjasama dengan Pax, iaitu penerbit laporan tahunan ‘Don’t Bank on the Bomb’, yang mendokumentasikan pendanaan global senjata nuklear.

Pengarah “Quit Nukes” Margaret Peril berkata: “Kempen ini pada asalnya menyasarkan industri superanuasi Australia, yang pada ketika ini melaburkan lebih daripada dua trilion Dolar Amerika bagi pihak ahli-ahlinya, menjadikannya salah satu aset dana persaraan di seluruh dunia.”

Sebanyak 69 peratus warga Australia mahukan dana superanuasi mereka untuk tidak melabur wang mereka dalam syarikat-syarikat yang membantu penghasilan dan penggunaan senjata nuklear, mengikut undi Ogos 2019 oleh Ipsos, sebuah syarikat penyelidikan pasaran global. Tetapi daripada kira-kira 190 dana superanuation, hanya dua – Australian Ethical dan Future Super – telah disahkan bebas senjata nuklear sepenuhnya oleh Pax.

Future Super komited untuk tidak melabur dalam tenaga nuklear, perlombongan uranium, persenjataan nuklear atau syarikat yang mengaut keuntungan daripada industri-industri ini. Pengasasnya, Simon Sheikh, memberitahu IDN: “Kami mengambil pandangan jangka panjang dalam menguruskan risiko-risiko sosial dan persekitaran, termasuk potensi untuk kesan nuklear yang membawa bencana. Semua rakyat Australia layak diberi pilihan bagaimana wang mereka dilabur dan masa depan yang mereka bina untuk diri mereka dan generasi-generasi yang seterusnya.”

Kempen ini menggalakkan kewangan bebas nuklear dengan memaklumkan dana superanuasi tentang risiko senjata nuklear yang sedia ada, syarikat-syarikat untuk dielakkan dan dasar-dasaryang diperlukan untuk mencapai portfolio yang bebas daripada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan penghasilan senjata nuklear.

Kata Stuart Palmer, Ketua Penyelidikan Etnik di Australian Ethical, sesebuah syarikat yang diketahui menolak pendanaan senjata nuklear: “Kami percaya bahawa ancaman perang nuklear akan terus menimbulkan bahaya yang akan datang kepada hidupan di planet ini dan potensi untuk penyalahgunaan teknologi nuklar dan bahan-bahan untuk penghasilan senjata merupakan salahsatu sebab mengapa kita tidak akan melabur dalam penghasilan senjata dan bahan-bahan untuk penghasilan senjata merupakan salah satu sebab utama mengapa kami tidak akan melabur dalam kuasa nuklear juga.”

Quit Nukes sedang menggesa imbasan bagi 18 syarikat di antara semua portfolio: Aecom (USA), Aerojet Rocketdyne (USA), Airbus (The Netherlands) BAE Systems (United Kingdom) Bechtel (USA) Boeing (USA) BWX Technologies (USA) Fluor (USA) General Dynamics (USA) Honeywell International (USA) Huntington Ingalls Industries (USA) Jacobs Engineering (USA) Larsen & Toubro (India) Lockheed Martin (USA) Northrop Grumman (USA) Safran (France) Serco (United Kingdom) dan Thales (France).

“Orang ramai di seluruh dunia ingin melihat senjata nuklear dihapuskan dan sedar bahawa akaun bank dan dana super mereka boleh digunakan utnuk mencapai matlamat ini,” Pengarah Australia ICAN, Gem Romuld memberitahu IDN. “Sementara 100 bilion Dolar Amerika dicurahkan dalam industri penghasilan senjata setiap tahun, lalu mengecilkan dana dan lessen sosial untuk penghasilan bom nuklear merupakan cara yang berkuasa untuk menguat kuasakan perjanjian pengharaman senjata nuklear ini.”

Di seluruh dunia, institusi kewangan sedang mengecualikan penghasil senjata nuklear di negara-negara yang masih belum menyertai TPNW. Perjanjian ini, setelah ia berkuat kuasa, akan menjadikan senjata nuklear haram seperti mana perjanjian-perjanjian lain yang mengharamkan penggunaan senjata kimia, biologi, periuk api dan pembekalan berkelompok.

“Perjanjian ini juga mengharamkan sesiapa daripada membantu penghasilan senjata nuklear, termasuk pendanaan,” tambah Romuld. “Ia telah memberikan dasar dan motivasi untuk sebilangan institusi kewangan untuk menyahlabur daripada penghasil senjata nuklear, termasuk dana persaraan Belanda utama iaitu ABP dan dana harta kebangsaan Norway.”

Pelaburan dalam senjata nuklear juga bercanggahan dengan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Untuk pelabur dan penasihat yang menandatangani Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab, “terdapat jangkaan untuk mereka mematuhi Matlamat Pembangunan Mampan PBBs (SDG). SDG 16 menyarankan persatuan aman di antaranya. Oleh itu, pelaburan dalam senjata nuklear secara terangnya bercanggahan dengan semangat SDG 16”, kata Peril kepada IDN.

Harus dimaklumkan bahawa sebanyak 79 peratus rakyat Australia mahu kerajaan mereka untuk menandatangani dan meratifikasi TPNW, mengikut data Ipsos daripada November 2018. Australia tidak memiliki sebarang senjata nuklear, tetapi ia mengamalkan doktrin penghalangan nuklear lanjutan di bawah pakatan Amerika Syarikat, yang dilihat sebagai kunci kepada keselamatan dalaman Australia.

Dr Stephan Frühling, Profesor Sekutu di Pusat Kajian Strategik dan Pertahanan Universiti Kebangsaan Australia di Canberra memberitahu IDN: “Australia menghargai peranan penstabilan senjata nuklear Amerika Syarikat dalam orde keselamatan Indo-Pasifik. Ia tidak harus menandatangani TPNW, yang menggugat salah satu tunjang utama dalam keselamatan antarabangsa dengan meminta untuk menyahsahihkan penghalangan lanjutan Amerika Syarikat dan oleh itu pakatan Amerika Syarikat.”

Beliau menambah: “Secara tradisinya, senjata nuklear Amerika Syarikat memainkan peranan yang kurang signifikan dalam pakatan Amerika Syarikat-Australia berbanding dengan pakatan-pakatan Amerika Syarikat yang lain, dan persoalan apa yang boleh dibuat oleh Australia secara politik dan juga operasi untuk menyokong penghalangan Amerika Syarikat di Asia, termasuk penghalangan nuklear, lebih berkemungkinan akan menjadi isu yang lebih penting pada masa depan berbanding dengan sebelumnya.”

Oleh itu, adakah Australia meletakkan sebarang kepentingan dalam penghalangan nuklear lanjutan Amerika Syarikat kerana mereka melihatnya sebagai faktor penstabilan dalam orde strategik Asia? David Santoro, Naib Presiden dan Pengarah untuk Dasar Nuklear di Forum Pasifik yang beribu pejabat di Honolulu memberitahu IDN: “Australia sedar bahawa ia perlu melakukan lebih banyak untuk meningkatkan penghalangan dan pertahanan di rantau ini, yang termasuk sumbangan yang lebih besar kepada penghalangan nuklear lanjutan Amerika Syarikat. Ia melihat usaha-usaha ini sebagai faktor penstabilan dalam benua Indo-Pasifik yang dijiwai oleh kebangkitan semula China. Walau bagaimanapun, Australia juga ingin memahami dengan lebih lanjut risiko yang terlibat apabila mengambil bahagian yang lebih besar dalam beban penghalangan dan pertahanan. Dialog lanjut dalam ANZUS [Perjanjian Keselamatan Australia, New Zealand, Amerika Syarikat] tentang soalan-soalan ini, terutamanya dimensi nuklear, adalah diperlukan.”

Dalam ‘Meningkatkan kerjasama: penghalangan nuklear dan pakatan Amerika Syarikat-Australia‘, sebuah kertas kerja yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Amerika Syarikat Universiti Sydney pada 15 November 2019, penulis-penulis – Frühling, Santoro dan Profesor Andrew O’Neil – mempertikai bahawa kebimbangan Australia tentang penghalangan nuklear lanjutan Amerika Syarikat “lebih menekankan pemerangkapan, bukan pengabaian” dan “pakatan perlu mempertimbangkan kerjasama dalam serangan jarak jauh konvensional untuk mengurangkan kebergantungan terhadap senjata nuklear untuk penghalangan dan untuk memberi isyarat bahawa kerjasama seperti ini mungkin akan diperluaskan secara in extremis untuk melibatkan senjata nuklear sekiranya persekitaran keselamatan Australia merosot.”

Pada awal 2019, sembilan negara – Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, China, India, Pakistan, Israel dan Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara) – memiliki kira-kira 13,865 senjata nuklear. Daripada jumlah ini, 3,750 digunakan dengan angkatan operasi dan kira-kira 2,000 daripadanya pula disimpan dengan tahap amaran operasi yang tinggi, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI). [IDN-InDepthNews – 22 November 2019]

Foto (Kiri-Kanan): Pengarah Quit Nukes Director Margaret Peril, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Australian Ethical Steve Gibbs, Pengarah ICAN Australia Gem Romuld. Sumber: Quit Nukes.

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top