Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

Extinguishing Prometheus’ Nuclear Flame: International Day Against Nuclear Tests – Malay

Memadamkan Api Nuklear Prometheus: Hari Anti Ujian Nuklear Sedunia

Sudut Pandangan Tariq Rauf

VIENNA (IDN) – Alat letupan nuklear yang pertama diledakkan di Padang Ujian Alamogordo di padang pasir New Mexico, Amerika Syarikat pada 16 Julai, 1945 dan kemudian pada 6 dan 9 Ogos, AS melancarkan pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki. Dalam tempoh tujuh dekad yang berikutnya, sembilan buah negara lain melancarkan 2,060 pengeboman nuklear lalu menyebarkan pencemaran radioaktif ke udara, darat dan ruang angkasa serta lautan di seluruh dunia yang seterusnya mengakibatkan bencana berpanjangan ke atas kesihatan dan kesejahteraan hidup berjuta-juta penduduk yang tidak berdosa.

Ekoran daripada perlumbaan senjata nuklear AS-USSR yang tidak dapat dielakkan bermula dari 1945 di banjaran gunung Degelen dan di steppe Kazakhstan, tapak ujian nuklear terbesar di dunia ditubuhkan oleh Kesatuan Soviet di Semipalatinsk. Dalam empat dekad yang berikutnya semenjak letupan ujian nuklear Soviet yang pertama pada 29 Ogos 1949 hingga 12 Februari 1989, tidak kurang daripada 456 letupan nuklear dilancarkan di tapak ujian nuklear ‘poligon’ Semipalatinsk di Kazakhstan yang menjejaskan tahap kesihatan lebih daripada satu juta penduduk dan mencemarkan beribu-ribu hektar tanah dengan bahan radioaktif yang menyebabkan kawasan tersebut tidak lagi selamat dan tidak boleh digunakan semula untuk beratus-ratus tahun yang akan datang. Nasib yang sama menimpa tapak ujian di China, Perancis, UK dan AS di kawasan yang merangkumi dari Algeria ke Australia hingga ke lautan Pasifik Selatan serta pulau-pulau di tapak ujian Nevada ke Artik tinggi Novaya Zemiya.

Kiraan tragis letupan nuklear meliputi 1,030 oleh AS, 715 oleh USSR, 210 oleh Perancis, diikuti dengan China dan United Kingdom dengan masing-masing 45 letupan, India, Korea Utara dan Pakistan dengan masing-masing 6 letupan dan sekurang-kurangnya satu letupan nuklear dilancarkan oleh Israel. Daripada sejumlah 2,060 letupan nuklear, 529 dilancarkan ke atmosfera dan hampir 1,500 letupan disasarkan ke darat, bawah tanah dan di bawah permukaan air. Dianggarkan bahawa seluruh populasi hemisfera utara telah terdedah kepada sejumlah sisa sesium dengan lebih daripada 500 letupan nuklear di atmosfera – kesan pencemaran ini dipercayai dipindahkan kepada generasi penduduk yang berikutnya.

Akibat daripada letupan nuklear, populasi penduduk di Kazakhstan menanggung kesan kemusnahan genetik dan persekitaran yang terhebat. Susulan itu, pemimpin Kazakhstan pada ketika itu, Nursultan Nazarbayev berusaha menyakinkan Presiden USSR, Mikhail Gorbachev yang membuat pengumuman moratorium ujian nuklear sebelah pihak pada Oktober 1980, agar menutup dan melancarkan penyahtauliahan ke atas tapak ujian ‘poligon’ di Semipalatinsk (juga dirujuk sebagai “Semey”).

Sifat kepimpinan yang ditampilkan oleh Presiden Nazarbayev membawa kepada perundingan Perjanjian Damai Larangan Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) pada 1996 yang melarang semua ujian letupan nuklear di semua jenis persekitaran pada sepanjang masa. CTBT, diibaratkan sebagai penutup kepada larangan ujian senjata nuklear yang dimulakan pada 1963 menerusi Perjanjian Damai Larangan Ujian Separa (PTBT) yang melarang ujian nuklear di semua jenis persekitaran kecuali bawah tanah.

Penutupan tapak ujian nuklear Semipalatinsk dan penamatan moratorium pengujian Soviet seterusnya membawa kepada AS yang turut membuat pengumuman moratorium pengujian pada 1992. Dengan pengaruhnya yang besar, Persidangan Semakan dan Lanjutan Perjanjian Damai Pengawalan Senjata Nuklear 1995 (NPTREC) menyaksikan persetujuan kepada lanjutan yang tidak terhad dengan syarat, antara lain,menyelesaikan perundingan CTBT tidak lewat daripada tahun 1996. Malangnya, berbeda dengan usaha murni yang ditunjukkan oleh Kazakhstan, kedua-dua negara China dan Perancis mengambil langkah yang mensia-siakan dengan menyambung semula ujian nuklear pada 1996. China dan Perancis, masing-masing hanya membuat pengumuman moratorium pengujian selepas menerima tekanan hebat di peringkat antarabangsa sebelum menandatangani CTBT pada September tahun yang sama.

Tiga buah negara, kemudian mengundur daripada moratorium ujian nuklear dan melancarkan ujian selepas CTBT dibuka untuk ditandatangani pada September 1996. Pada Mei 1998, sekali lagi India berpaling tadah dalam konteks pengawalan senjata nuklear apabila mendakwa meletupkan lima alat letupan nuklear – mengimbau kembali pada Mei 1974, India telah melancarkan ujian nuklear yang pertama lantas melanggari komitmen pengawalan senjata nuklear yang dilafazkan dengan penuh takzim kepada Kanada dan AS. Melihat situasi keselamatan yang sukar dipertahankan di Asia Selatan, Pakistan sejurusnya melancarkan enam ujian nuklear juga pada Mei 1998 bagi menyamakan kedudukan yang “seri”. Pada 2006, Korea Utara melancarkan alat nuklear dan selama 11 tahun yang berikutnya, Korea Utara melancarkan lima lagi letupan ujian nuklear. Kesemua tiga buah negara ini – India, Korea Utara and Pakistan – tidak menandatangani CTBT!

Susulan kepada pengakhiran CTBT pada 1996, tiga puluh enam daripada 44 buah negara yang diperlukan untuk penguatkuasaannya, bertindak untuk meratifikasi perjanjian damai – termasuk Perancis, Persekutuan Rusia dan UK. Namun, malang tidak berbau apabila setahun lebih kemudian selepas ujian nuklear yang dilancarkan pada 1998 di Asia Selatan, Senat AS bertindak “jahat” dengan menolak ratifikasi AS ke atas CTBT secara formal – satu-satunya negara yang bertindak sedemikian. Sekarang, 24 tahun telah berlalu semenjak CTBT berakhir tetapi situasinya masih terawang-awang menantikan keperluan enam ratifikasi – harapan yang semakin tipis dari tahun demi tahun dengan kemunculan perlumbaan senjata api baharu dan kini CTBT diatasi oleh Perjanjian Damai Larangan Senjata Api (TPNW).

Peranan Kazakhstan

Kelowongan sifat kepimpinan dalam memastikan CTBT dikuatkuasakan lalu menegakkan larangan ujian nuklear dari segi undang-undang, kemungkiran janji pelucutan senjata yang dibuat oleh negara-negara berkepentingan kepada NPT di persidangan semakan pada 1995, 2000 dan 2010, pertambahan risiko perang nuklear yang tidak dijangkakan dan peningkatan pengiktirafan akibat bencana kemanusiaan dalam apa jua bentuk penggunaan senjata nuklear, Kazakhstan di bawah pimpinan Presiden Pertama, Nazarbayev mengambil langkah berterusan dalam usaha untuk mengurangkan bahaya nuklear di samping mengukuhkan pengawalan senjata nuklear dan pelucutan senjata nuklear.

Semenjak mencapai kemerdekaan pada 1991, Kazakhstan telah mengambil beberapa langkah penting ke atas pengawalan senjata nuklear dan pelucutan senjata nuklear. Ini termasuk, misalnya: penghantaran 1,410 muncung perang nuklear strategik Soviet ke Rusia pada April 1995 untuk ditanggalkan (dilancarkan dengan peluru berpandu balistik antara benua 104 SS-18 dan pengebom strategik 40 Tu-95 yang bersenjatakan peluru berpandu krus pelancaran udara) dan sejumlah besar senjata nuklear taktikal; memindahkan 600 kg senjata gred yang diperkaya tinggi dengan uranium (HEU) dari Kilang Metalurgi Ulba (UMP) ke AS; mengisar 2,900 kg bahan api nuklear dari Gabungan Tenaga Atom Mangyshlak di Aktau kepada uranium bertahap rendah (LEU) di UMP bagi penggunaan nuklear awam di bawah perlindungan IAEA (diperkaya sehingga 26% U-235); menutup secara kekal 12 lubang korek dan 181 terowong tapak ujian nuklear Semey bagi mengelakkan sisa plutonium terkeluar; menyertai NPT sebagai Negara tanpa senjata nuklear; meratifikasi PTBT, CTBT dan TPNW; menubuhkan sebuah zon bebas senjata nuklear Asia Tengah dan menamatkan sebuah Protokol Tambahan kepada perjanjian perlindungan NPT dengan IAEA; menyokong persidangan penguatkuasaan CTBT; mengesahkan Ikrar Kemanusiaan yang melarang dan menghapuskan senjata nuklear dan menubuhkan Bank IAEA Diperkaya Rendah dengan Uranium (LEU) di Oskemen (Ust Kamenogorsk).

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2 Disember 2009 secara sebulat suara mendukung 29 Ogos bagi memperingati Hari Anti Ujian Nuklear Sedunia tahunan sebagai maklum balas kepada cadangan (resolusi 64/35) oleh Kazakhstan.

Sejak 2010, setiap 29 Ogos – tarikh penutupan secara kekal tapak ujian nuklear Semipalatinsk pada 1991 – diraikan sebagai Hari Anti Ujian Nuklear Sedunia di peringkat antarabangsa bagi membangkitkan kesedaran dan mendidik “tentang kesan letupan ujian senjata nuklear atau apa-apa letupan nuklear yang lain dan keperluan pengakhirannya sebagai salah satu cara mencapai matlamat dunia yang bebas daripada senjata nuklear”.

Sambutan peringatan pada tahun ini amat signifikan bukan hanya kerana ia merupakan ulang tahun yang ke-75 ujian dan penggunaan pertama senjata nuklear (Julai-Ogos 1945) dan sehari sebelum sambutan ulang tahun yang ke-30 pada 2021 bagi penutupan Semipalatinsk tetapi juga kerana pada awal tahun ini, AS menimbulkan prospek jahat kemungkinan akan menyambung semula ujian letupan nuklear lantas mengugat penerusan moratorium ujian nuklear dan CTBT.

Dalam konteks yang lebih luas, saya maklum dengan penuh keinsafan bahawa dunia hari ini masih menanggung beban lebih daripada 14,000 muncung perang nuklear yang dilancarkan di 107 buah lokasi di 14 buah negara serta hampir dua juta kilogram (2,000 tan) bahan nuklear penggunaan senjata – diperkaya tinggi dengan uranium dan plutonium.

Saya ingin mencadangkan agar pada 29 Ogos 2020, sekali lagi Kazakhstan perlu bangkit bersuara menentang ujian nuklear dan senjata nuklear serta tegas menuntut isu untuk:

  • menjamin moratorium pengujian nuklear;
  • menggandakan usaha untuk mencapai penguatkuasaan CTBT dan TPNW;
  • mendesak Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendukung prinsip bahawa perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak harus dilawan;
  • membuat pengumuman tentang himpunan besar di sebuah persidangan antarabangsa di Nur Sultan (Astana) pada 29 Ogos 2021 bagi menandakan penutupan secara kekal tapak ujian Semipalatinsk di samping meratapi dan meraikan mangsa-mangsa ujian nuklear bukan hanya di Kazakhstan tetapi di seluruh dunia;
  • menyokong perhimpunan Semakan Persidangan NPT 2020 yang tertangguh yang bakal diadakan pada musim bunga 2022 di Vienna (Austria) – lokasi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang menyentuh dua “tonggak” NPT (pengesahan/perlindungan nuklear dan kerjasama aman dalam penggunaan tenaga nuklear) dan juga organisasi CTBT (CTBTO) dan
  • menyampaikan anugerah Hadiah Nazarbayev bagi Dunia Bebas Senjata Nuklear dan Keselamatan Global 2021 kepada seorang penerima yang layak (atau beberapa orang penerima) bagi khidmat menegakkan matlamat menghapuskan semua senjata nuklear.

Ayuh kita berikrar semula, pada sambutan ulang tahun yang ke-75 penggunaan pertama senjata nuklear, ulang tahun yang ke-29 penutupan secara kekal poligon Semipalatinsk dan ulang tahun yang ke-10 Hari Anti Ujian Nuklear, janji kepada penduduk dunia terutamanya kepada mangsa-mangsa senjata nuklear agar mencuba sedaya-upaya untuk bekerjasama secara kolektif bagi mengurangkan dan menghapuskan senjata nuklear lantas memadamkan selama-lamanya api nuklear Prometheus.

* Tariq Rauf merupakan bekas Ketua Dasar Pengesahan dan Keselamatan Nuklear di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna (termasuk Penyelaras Bank LEU IAEA dan Pendekatan Berbilang Pihak ke atas Kitaran Bahan Api Nuklear, Ketua Saling Berganti Delegasi IAEA ke persidangan semakan NPT); Penasihat Kanan pelucutan senjata nuklear kepada Pengerusi di Semakan Persidangan NPT 2015 dan NPT PrepCom 2014; buat sekian lama menjadi Pakar dengan delegasi NPT Kanada sehingga 2000. Pandangan peribadi dikongsi di sini. [IDN-InDepthNews – 29 Ogos 2020]

Kolaj gambar pengarang dari kapasiti beliau dalam IAEA di “poligon” Semipalatinsk pada 29 Ogos 2011, dengan monumen ‘Stronger than Death’ di tengah di Semey. Monumen ini dibina pada 2001 bagi memperingati mangsa-mangsa ujian nuklear di Semipalatinsk. Foto daripada Tariq Rauf.

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top