Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

Ulaanbaatar Conference Stresses the Role of Individual States in Nuclear Disarmament Process – Malay

Persidangan Ulaanbaatar Menekankan Peranan Negara Individu dalam Proses Pelucutan Senjata Nuklear

Oleh Jamshed Baruah

Kredit foto: Blue Banner

NEW YORK | ULAANBAATAR (IDN) – Dengan persetujuan sebulat suara tentang sekatan yang lebih keras terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebagai tindak balas kepada ujian nuklear keenam dan paling berkuasa negara tersebut, Majlis Keselamatan PBB menyambung semula Rundingan Enam Pihak.

Melalui rayuan untuk rundingan pelbagai pihak yang melibatkan China, DPRK, Jepun, Republik Korea, Persekutuan Rusia dan Amerika Syarikat, Majlis 15 anggota menyatakan “komitmennya terhadap penyelesaian diplomatik dan politik secara aman terhadap situasi di Semenanjung Korea”.

 Isu tersebut juga menarik perhatian tentang ‘Persidangan Antarabangsa dalam Isu Pelucutan Senjata Nuklear: Aspek Global dan Serantau’ pada 31 Ogos-1 September yang berada sejauh 10,150 km di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, bersempadan dengan China di selatannya dan Persekutuan Rusia di utaranya.

Persidangan tersebut telah dianjurkan oleh organisasi bukan kerajaan Mongolia, ‘Blue Banner’, dipengerusikan oleh Jargalsaikhan Enkhsaikhan, bekas Wakil Tetap negaranya dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu . Ia merupakan ulang tahun ke-25 inisiatif Mongolia untuk mengubah wilayahnya kepada zon bebas senjata nuklear (NWFZ) Satu Negara.

Sedar akan pengajaran tempoh Perang Dingin, bercakap semasa debat umum dalam Sidang Kemuncak PBB pada September 1992, Presiden Mongolia Punsalmaagiin Ochirbat mengisytiharkan negara sebagai NWFZ dan bersumpah bahawa status itu dijamin di peringkat antarabangsa.

Sasaran cadangan adalah untuk mengisytiharkan dengan jelas kepada dunia bahawa Mongolia tidak mempunyai senjata nuklear di wilayahnya dan bahawa selepas ini, akan menjadi bebas senjata nuklear, oleh itu tidak seperti semasa Perang Dingin, tiada negara berhampiran atau jauh akan dibenarkan untuk menempatkan senjata sedemikian di wilayahnya dan bahawa ia akan berusaha untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada lima NWS (negara senjata nuklear) – China, Persekutuan Rusia (pada masa itu, Kesatuan Soviet), Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang juga merupakan lima anggota tetap (P5) Majlis Keselamatan.

Mongolia berusaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap statusnya telah membuahkan hasil dalam Resolusi 53/77 D, yang telah diterima oleh Sidang Kemuncak pada 4 Disember 1998 yang mengalu-alukan matlamat Mongolia dan meletakkannya dalam agenda untuk pertemuan akan datang.

Pada 28 Februari 2000, Wakil Tetap Mongolia ke PBB, Duta Enkhsaikhan mengemukakan surat yang menggariskan undang-undang pelucutan senjata nuklear yang kemudiannya telah diedarkan sebagai A/55/56 S/2000/160 – sekaligus melengkapkan pengiktirafan antarabangsa terhadap status bebas senjata nuklear Mongolia.

Persidangan Ulaanbaatar menggunakan pernyataan yang menerangkan langkah SS-NWFZ, iaitu satu langkah negara yang penting untuk memastikan keselamatan Mongolia. “Ia juga langkah antarabangsa novel untuk mengisi kawasan kabur yang mungkin dalam dunia bebas senjata nuklear yang sedang berkembang,” pernyataan tersebut menyebut.

Pernyataan tersebut menambah, Mongolia telah mendapat pengiktirafan dan sokongan antarabangsa terhadap dasar aktifnya dalam mempromosikan status bebas senjata nuklearnya yang mengukuhkan keamanan dan kestabilan serantau melalui politik dan diplomatik, melalui dialog dan rundingan yang berterusan mengikut kesamaan negara berdaulat, sikap saling menghormati dan bekerjasama untuk perjuangan yang sama.

Lima negara senjata nuklear (P5) – China, Rusia, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis, yang juga ahli tetap Majlis Keselamatan – malah telah membuat pengisytiharan bersama pada tahun 2012, mengikat mereka untuk menghormati status Mongolia dan tidak menyumbang kepada sebarang tindakan yang akan melanggarnya.

“Ikrar ini menandakan bahawa tiada satu pun daripada P5 akan cuba menggunakan wilayah Mongolia untuk sistem senjata nuklear mereka termasuk untuk tujuan komunikasi, pengawasan, pengumpulan risikan, latihan senjata dan tujuan lain,” pernyataan tersebut menegaskan.

Peserta – bukan sahaja dari Asia Timur Laut tetapi juga dari Amerika Syarikat dan Eropah – menyatakan sokongan mereka terhadap dasar Mongolia dalam menjadikan status bebas senjata nuklearnya sebagai bahagian organik reka bentuk keselamatan Asia Timur serta kesediaannya untuk berkongsi pengalamannya dalam mempromosikan matlamat mewujudkan NWFZ Asia Timur Laut.

Persediaan telah dibuka kepada umum, yang membolehkan pelajar sains politik Universiti Ritsumeikan Jepun hadir, terutamanya sesi tentang peranan negara individu dalam proses pelucutan senjata nuklear. Oleh kerana Jepun mendapat ‘naungan nuklear’ A.S., ia menjauhkan diri daripada rundingan yang membawa kepada penerimaan PBB pada 7 Julai, Perjanjian yang melarang senjata nuklear.

Pernyataan tersebut menyebut: “Mongolia telah menunjukkan bahawa usaha setiap negara adalah penting dalam mempromosikan matlamat yang sama untuk dunia bebas senjata nuklear. Contohnya berfungsi sebagai sumber inspirasi untuk negara lain bukan sahaja dalam menangani isu kebimbangan yang sama melalui dialog dan pendekatan inovatif tetapi juga untuk negara yang disebabkan lokasi geografi dan sebab politik mereka tidak boleh menjadi sebahagian daripada NWFZ (serantau) tradisional.”

Enkhsaikhan berkata, persidangan tersebut bertujuan “untuk menggalakkan strategi berkesan untuk bergerak bersama ke arah matlamat yang sama bagi mencapai dunia bebas senjata nuklear”.

Ini termasuk penerimaan perjanjian pengharaman senjata nuklear PBB, kesannya yang mungkin terdapat rundingan pelucutan senjata nuklear, apakah langkah seterusnya yang logik dan praktikal dan peranan penting negara tanpa senjata nuklear. “Terdapat perbincangan yang menarik tentang kesan yang mungkin terhadap kes Iran dan Korea Utara dalam NPT, Perjanjian dalam Pengawalan Senjata Nuklear dan rejim pengawalan senjata nuklear,” Enkhsaikhan menyebut.

Dalam peringkat serantau, peserta berkongsi pandangan mereka tentang cara untuk menangani isu senjata nuklear Korea Utara. Kebanyakan peserta menggariskan keperluan untuk meneruskan rundingan tanpa syarat langsung antara A.S. dengan DPRK dengan pandangan untuk mengurangkan ketegangan dan menolak penggunaan kuasa atau ancaman penggunaan kuasa.

Menyedari hubungan antara pihak dengan Rundingan Enam Pihak, beberapa peserta persidangan mencadangkan bahawa mencuba format baharu di Ulaanbaatar mungkin sesuatu yang berbaloi dengan penyertaan Mongolia sebagai negara kecil yang mempunyai dasar luar negara aktif dan pengalaman dalam menangani isu keselamatan nuklear. Cadangan juga telah dibuat bahawa Mongolia mungkin boleh memainkan beberapa peranan positif di bawah keadaan semasa.

Pernyataan yang diterima oleh persidangan menggariskan kepentingan peranan Mongolia dengan menunjukkan bahawa walaupun Perang Dingin telah berakhir lebih daripada dua dekad lalu, tidak memenuhi jangkaan yang tinggi untuk mencapai keamanan.

Seperti yang ditunjukkan oleh pernyataan, pemodenan sistem senjata nuklear yang berterusan mencemaskan masyarakat antarabangsa. Bilangan negara senjata nuklear bertambah hampir dua kali ganda. Pembangunan jenis senjata nuklear lebih baharu dan senjata konvensional yang lebih maju mengaburkan perbezaan bukan sahaja antara kedua-dua senjata ini tetapi juga antara senjata nuklear strategik dengan bukan strategik.

Kemungkinan “menyesuaikan” senjata nuklear kepada hasil boleh ubah dan seterusnya mengurangkan ambang penggunaannya menjadikan senjata ini lebih “boleh digunakan”. “Dalam keadaan ini, satu-satunya jaminan yang berkesan terhadap penggunaan atau ancaman penggunaan senjata nuklear dan untuk memastikan tiada lagi hibakusha adalah penghapusannya sepenuhnya,” pernyataan tersebut menegaskan.

Ia menambah: Kewujudan senjata nuklear dan letupannya, sama ada sengaja, tidak sengaja atau sebaliknya, mengancam manusia, akan memberi kesan yang serius kepada kesihatan global, keselamatan makanan dan iklim dunia. Negara senjata nuklear mempunyai tanggungjawab langsung dan mutlak terhadap penghapusan senjata mereka.

Bagaimanapun, sementara menunggu penghapusannya, negara tanpa senjata nuklear juga mempunyai peranan penting untuk dimainkan, seperti yang ditunjukkan oleh penerimaan Perjanjian yang melarang senjata nuklear pada bulan Julai, peserta persidangan berkata.

Pewujudan NWFZ ialah langkah serantau yang berkesan untuk pelucutan senjata nuklear. Dengan melarang senjata nuklear dalam rantau berkenaan, mereka melewati komitmen NPT untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan yang seterusnya menyumbang kepada keyakinan dan kestabilan serantau yang lebih baik,” pernyataan persidangan Ulaanbaatar menambah. [IDN-InDepthNews – 13 September 2017]

Kredit foto: Blue Banner

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top