Nuclear Abolition News and Analysis

Reporting the underreported threat of nuclear weapens and efforts by those striving for a nuclear free world.
A project of The Non-Profit International Press Syndicate Group with IDN as flagship agency in partnership with Soka Gakkai International in consultative
status with ECOSOC.

logo_idn_top
logo_sgi_top

Watch out for our new project website https://www.nuclear-abolition.com/

About us

TOWARD A NUCLEAR FREE WORLD was first launched in 2009 with a view to raising and strengthening public awareness of the urgent need for non-proliferation and ushering in a world free of nuclear weapons. Read more

IDN Global News

Will U.S. Congress Legally Restrain a Nuclear World War III? – Malay

Adakah Kongres Amerika Syarikat Akan Menyekat Perang Dunia Ke-3 Nuklear Melalui Perundangan?

Oleh Shanta Roy

PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU (IDN) – Gelagat Presiden Amerika Syarikat (A.S.) yang amat sukar dijangka mengenai senjata nuklear – dan ugutan terbuka beliau untuk “menghapuskan sepenuhnya” Korea Utara – telah mencetuskan tentangan politik yang kuat daripada penggiat anti-nuklear dan anti-peperangan.

“Masalah utama ialah Donald Trump nampaknya mengabaikan apa itu senjata nuklear sebenarnya, dan bencana kemanusiaan yang akan melanda sekiranya beliau menggunakan satu pun ke atas Korea Utara – atau di mana-mana,” kata Dr. Rebecca Johnson daripada Institut Akronim untuk Diplomasi Gencatan Senjata, sebuah Pengerusi bersama Pakatan Antarabangsa untuk Memansuhkan Senjata Nuklear (ICAN), dan juga penerima Anugerah Keamanan Nobel 2017.  

Sementara ketegangan semakin memuncak, dua penggubal undang-undang, Senator Ed Markey dari Massachusetts dan Wakil Ted Lieu dari California, kedua-duanya ahli Demokrat, sedang mengutarakan rang undang-undang yang akan menghalang presiden daripada melancarkan serangan nuklear pertama – yang bukan merupakan serangan balas kepada sesuatu serangan nuklear – tanpa pengisytiharan peperangan oleh Kongres.

Cadangan perundangan, yang diperkenalkan awal tahun ini, sedang mendapat sokongan yang padu berikutan pernyataan keras Trump baru-baru ini, termasuk sebelum Perhimpunan Agung PBB pada bulan September, di mana dengan nada mengugut beliau berkata: “Amerika Syarikat mempunyai kekuatan dan kesabaran yang cukup besar, tetapi sekiranya ia dipaksa untuk mempertahankan dirinya atau sekutu-sekutunya, kami tidak mempunyai pilihan selain daripada memusnahkan Korea Utara sepenuhnya.”

Dalam beberapa bulan yang terdekat ini, Trump juga berkata sekiranya Korea Utara mengugut A.S., ia akan “menghadapi api dan kemarahan yang tidak pernah dilihat di dunia selama ini.” Beliau juga menghantar tweet bahawa armada nuklear A.S. “kini jauh lebih kuat dan lebih berkuasa daripada sebelum ini.”

Senator Bob Corker, seorang ahli Republikan dan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Asing Senat yang berpengaruh, berkata pada 8 Oktober bahawa gelagat Trump yang angkuh boleh membawa negara “ke arah Perang Dunia Ke-3.” Apa yang tidak diperkatakan ialah – sekiranya meletusnya peperangan seperti ini, ia akan bersifat nuklear.

Sementara itu, Trump dengan setegas-tegasnya telah menafikan sebuah laporan berita rangkaian TV A.S. yang berkata bahawa beliau telah mengarahkan peningkatan 10 kali ganda kepada armada nuklear negara, dalam sebuah mesyuarat Badan Keselamatan Kebangsaan pada bulan Julai.

Pada ketika ini A.S. memiliki kira-kira 4,000 senjata nuklear, yang berkurangan daripada sejumlah kira-kira 30,000 pada zaman 60-an, mengikut pernyataan Pentagon.

Seperti yang dinyatakan oleh New York Times dalam editorialnya pada 12 Oktober, Trump ketika kempen pilihan raya presiden beliau “berfikir kenapa Amerika memiliki senjata nuklear sekiranya ia tidak akan menggunakannya.”

Dr. Johnson memberitahu IDN bahawa kedua-dua Trump dan Pemimpin Agung Korea Utara Kim Jong-un seperti remaja-remaja mabuk yang bermain “ayam” dengan kereta laju, dan membawa pengikut-pengikut mereka sekali apabila mereka memandu dan terhumban dari tebing bukit.  

Apabila ditanya mengenai perundangan yang dicadangkan ini, beliau berkata: “Dalam situasi ini, tentunya akan membantu sekiranya Kongres A.S. boleh membuang kunci dengan perundangan ini, sekiranya mereka mampu mendapatkan majoriti yang bipartisan.”  

Walaupun sukar untuk meyakinkan Kongres yang dikawal oleh Republikan, terdapat tanda-tanda yang nyata di mana ramai ahli Republikan yang menentang Trump secara terbuka dalam beberapa rang undang-undang, termasuk menghalang beliau daripada memansuhkan sekatan ke atas Rusia secara unilateral.

Betapa berguna pun halangan politik sepert ini, kata Dr. Johnson, ini merupakan kaedah yang lemah dan sementara dalam situasi di mana Amerika Syarikat masih menyimpan beribu-ribu senjata secara aktif sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau juga berkata bahawa Trump juga berkeras untuk memperlekehkan beberapa perjanjian gencatan senjata dan keselamatan antarabangsa yang direka untuk menghapuskan senjata nuklear daripada dibeli atau digunakan sama sekali.  

Pertama, A.S. telah menolak Perjanjian PBB ke atas Larangan Senjata Nuklear, yang dikuat kuasakan oleh 122 negeri pada 7 Julai, dan kini Trump sedang berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan perjanjian nuklear dengan Iran yang membina keyakinan, dan dengan itu menurut kehendak penyokong tegar yang ingin melihat Iran membangunkan kemampuan nuklear mereka sendiri seperti yang telah dilakukan oleh Korea Utara, tambah beliau. 

Apabila ditanya tentang perundangan yang akan digubal ini, Dr. M.V. Ramana, Pengerusi Simons dalam Gencatan Senjata, Keselamatan Global dan Kemanusiaan di Sekolah Dasar Awam dan Hal Ehwal Global di Universiti British Columbia, memberitahu IDN: “Saya rasa ini ialah usaha yang penting bukan kerana kemungkinan ia akan diluluskan, tetapi kerana ia mungkin akan mewakili pembukaan peluang perbincangan mengenai mengenakan had ke atas mana-mana Presiden A.S., bukan sahaja Donald Trump, untuk melancarkan satu atau lebih senjata nuklear dengan kesan-kesan yang memudaratkan.”

Kebolehan untuk mengawal kuasa pemusnahan yang begitu ekstrem ini tidak harus terletak kepada seorang individu, dan ini merupakan salah satu cara utama di mana senjata nuklear bersifat tidak demokratik, kata Profesor Ramana, pengarang The Power of Promise: Examining Nuclear Energy in India.

Perundangan yang dicadangkan H.R. 669 dan S. 200, bertajuk Restricting First Use of Nuclear Weapons Act of 2017.

Ahli Kongres Lieu dipetik sebagai berkata: “Ia merupakan hakikat yang menakutkan bahawa A.S. kini mempunyai seorang Ketua Komander yang telah menunjukkan keangkuhan beliau terhadap triad nuklear, menyatakan niat beliau untuk dilihat sebagai ‘sukar diramal’ dengan senjata nuklear, dan sebagai Calon Presiden (membuat) kenyataan yang keras mengenai dasar nuklear A.S. di Twitter. Kongres mesti bertindak untuk memelihara kestabilan dunia dengan mengehadkan keadaan di mana A.S. akan menjadi negara pertama untuk menggunakan senjata nuklear.”

“Pengasas-pengasas kami telah mencipta sistem semakan dan penyeimbangan, dan ia amat penting bagi standard tersebut untuk digunakan kepada ancaman perang nuklear yang mampu menghapuskan ketamadunan manusia. Saya berbangga untuk memperkenalkan Akta Mengehadkan Penggunaan Pertama Senjata Nuklear 2017 dengan Sen. Markey untuk menjajarkan semula dasar pelancaran senjata nuklear negara kami dengan Perlembagaan dan berusaha ke arah dunia yang lebih selamat.”

Senator Markey berkata: “Perang nuklear merupakan risiko yang terbesar kepada kelangsungan hidup umat manusia. Sungguhpun begitu, Presiden Trump telah mencadangkan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk melancarkan serangan nuklear ke atas pengganas. Malangnya, dengan mengekalkan pilihan untuk menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu dalam sesebuah konflik, dasar A.S. memberikan beliau kuasa tersebut. Dalam sesebuah krisis dengan negara bersenjata nuklear yang lain, dasar ini secara drastiknya meningkatkan risiko ketegangan nuklear yang tidak disengajakan.”

“Presiden Trump, mahupun mana-mana presiden yang lain, tidak harus dibenarkan untuk menggunakan senjata nuklear kecuali sebagai serangan balas kepada sesuatu serangan nuklear. Dengan mengehadkan penggunaan pertama senjata nuklear, perundangan ini membawa prinsip yang mudah ini ke bentuk undang-undang,” tambah beliau.

Dalam sidang akhbar di Boston pada 14 Ogos 2017 Markey memberitahu wartawan: “Tiada presiden yang patut mempunyai kuasa untuk melancarkan serangan pertama nuklear tanpa kelulusan Kongres. Serangan seperti ini harus dianggap tidak bermoral, tidak wajar dan akan mendedahkan A.S. kepada ancaman serangan balas nuklear yang mampu memusnahkan dan membahayakan hidup warga Amerika dan ketamadunan manusia.”

Dr. Johnson berkata: “Dalam keangkuhan beliau, Trump nampaknya berasa seperti senjata nuklear merupakan senjata besar yang menyeronokkan untuk menunjukkan kuasa Amerika dan menayangkan sifat machismo beliau sendiri, sementara juga memiliki sesuatu benda ajaib yang dipanggil halangan yang menjadikannya sukar ditangani dan kebal.”

Dia berkata ugutan untuk menggunakannya sepatutnya menghalang, tetapi halangan itu bukannya ajaib. Ia sebuah bentuk pertahanan yang hanya berfungsi apabila terdapat komunikasi yang jelas dan tiada risiko kesilapan pengiraan, kesalahan atau ralat politik atau teknikal.  

“Tetapi beliau bukan berseorangan dalam ilusi tentang halangan nuklear, yang telah digunakan untuk menjustifikasi bahawa sembilan negara masih memiliki 15,000 senjata nuklear. Inilah sebab pada dekad yang lalu ICAN telah menggerakkan kerajaan dan masyarakat umum untuk mencapai Perjanjian Larangan Nuklear dengan menunjukkan bahaya yang timbul dalam menggunakan senjata nuklear sebagai halangan dan akibat yang membinasakan kepada ketamadunan manusia dan mengancam planet ini sekiranya WMD yang durjana ini digunakan dalam sesuatu peperangan.” 

Pesanan yang penting, isytihar beliau, ialah bahawa tidak akan ada pihak yang selamat untuk mengendalikan senjata-senjata pemusnahan besar-besaran yang tidak selamat ini. Perjanjian ini mengharamkannya sekarang.  

“Menggunakan dan mengugut untuk menggunakannya sepatutnya dianggap haram, dianggap sebagai persediaan untuk melakukan jenayah peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan. Perjanjian ini menghapuskan sebarang ilusi status atau nilai, supaya A.S., Korea Utara, Rusia dan semua negara bersenjata nuklear yang lain perlu bersetuju dan mula menghapuskan senjata dalam armada mereka dan berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk menyelesaikan cabaran keselamatan yang kita hadapi.” [IDN-InDepthNews – 16 Oktober 2017]

Foto sumbangan Pentadbiran Keselamatan Nuklear Kebangsaan / Pejabat Tapak Nevada

Search

Newsletter

Report & Newsletter

Toward a World Without Nuclear Weapons 2022

Scroll to Top